Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kucing Selamatkan Tuan Dari...

KUALA KANGSAR - Seorang lelaki terselamat daripada bahaya kehadiran seekor ular tedung selar...

Gaduh Dengan Teman Wanita,...

SINGAPURA- Pergaduhan sepasang kekasih di tempat letak kereta bertingkat di Blok 671A Woodlands Drive...

Bekas Pemimpin Ajaran Sesat...

BEKAS pemimpin ajaran sesat yang dikenali sebagai 'Rasul Melayu' akhirnya telah kembali ke...

Denda Dipertimbangkan Jika Hilang...

PUTRAJAYA - Kerajaan bercadang mengenakan denda terhadap rakyat Malaysia yang kehilangan pasport antarabangsa...

Jerebu: 18 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 18 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 7 pagi Khamis, dengan Pelabuhan Klang mencatat bacaan tertinggi pada 141.

Mengikut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), antara kawasan yang mencatat IPU lebih 100 (tidak sihat) ialah Pasir Gudang (125) dan Kota Tinggi (118) di Johor; Bandaraya Melaka (113), Bukit Rambai (116) di Melaka; Nilai (118), Port Dickson (126) dan Seremban (107) di Negeri Sembilan.

Balok Baru di Kuantan, Pahang pada 102 manakala Samarahan di Sarawak pada 114.

Lokasi lain ialah di Selangor ialah Banting (124), Kuala Selangor (108), Petaling Jaya (105) dan Shah Alam (123) manakala di Terengganu, Kemaman (103) dan Paka (102).


Sementara di Kuala Lumpur, Batu Muda mencatat bacaan 110 manakala Putrajaya pada 108.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori