Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

SPAD Tolak Tohmahan Kad...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menegaskan tohmahan di media sosial...

Operasi SAR MV Geos...

MIRI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini meneruskan operasi mencari dan...

Abominable Tak Ditayang Di...

KUALA LUMPUR - Filem animasi, Abominable, keluaran DreamWorks tidak akan ditayangkan di Malaysia...

1MDB: Kabinet Sepakat Biar...

PUTRAJAYA - Kabinet mengambil pendirian bersama bahawa semua pihak perlu memberi peluang kepada...

Jerebu: Bomba Sedia Kerah 1,200 Anggota Ke Indonesia

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia mengerah 1,200 pegawai dan anggotanya bagi membantu memadam kebakaran hutan di Indonesia, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau bagaimanapun berkata penghantaran anggota dan pegawai bomba itu terlebih dahulu memerlukan kelulusan daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Mereka mungkin akan diletakkan di Banjarmasin dan Sumatera, bergantung kepada kerajaan Indonesia. Inilah kita hendak, supaya diberi peluang membantu Indonesia menangani isu jerebu,” katanya selepas merasmikan Program Transformasi Sosial Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS7) di sini, hari ini.

Sekiranya penghantaran diluluskan, JBPM katanya akan mengerah pelbagai aset termasuk 20 kenderaan pacuan empat roda; 40 unit pam angkut; 1,200 khemah; peralatan komunikasi dan set jana kuasa.

Baca: Jerebu – Indonesia Akhirnya Setuju Terima Bantuan Luar

Abdul Rahman berkata, pihaknya telah lama menunggu usaha membantu Indonesia menangani masalah jerebu, yang turut menjejaskan beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia.


Semalam, media tempatan melaporkan Joko Widodo telah menghubungi kerajaan Malaysia, Singapura, Rusia dan Jepun untuk membantunya memadamkan kebakaran terutamanya di kawasan tanah gambut.

Perdana Menteri di dalam status di laman Facebooknya turut berkata Putrajaya bersedia membantu Jakarta untuk tujuan tersebut.

Kata Abdul Rahman, kepakaran dan pengalaman anggota bomba negara memang tidak dinafikan lagi dan mereka akan ditugaskan di negara itu selagi diperlukan dan mengikut keadaan semasa dalam negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori