Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Cabaran Getir Tunggu Nicol...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Nicol David bakal berdepan tugas getir untuk...

Kemelut Selesai, Nora Terima...

SEBELUM ini, nama dua pelakon jelita iaitu Nora Danish dan Fasha Sandha menjadi...

Sony Xperia E4 Tertiris,...

Kebelakangan ini, maklumat mengenai peranti baru keluaran Sony semakin banyak didedahkan dan terkini...

PRN Johor: MUDA Bakal...

KUALA LUMPUR : Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan meletakkan ramai calon wanita serta...

Jerebu Dijangka Pulih November Ini – Jabatan Meteorologi

KUALA LUMPUR – Masalah jerebu yang melanda negara dijangka berakhir November ini berikutan ketibaan angin monsun dari arah timur laut yang akan menolak udara tercemar ke selatan wilayah Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail berkata monsun timur laut dijangka bermula pada minggu pertama atau kedua November dan akan berakhir pada minggu kedua Mac 2016.

“Mulai November, kita akan mengalami angin monsun timur laut…ini bermakna angin dari Laut China Selatan tidak akan bawa jerebu dari Indonesia dan pada waktu itu negara akan bebas daripada jerebu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi pembenihan awan oleh Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (Mosti) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, hari ini.

Berkenaan operasi pembenihan awan (OPA), beliau berkata Mosti melaksanakan 29 OPA bagi mengurangkan kesan jerebu sejak Mac lepas.

Jelasnya, operasi itu akan diteruskan di kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi tempoh 72 jam.


“Pembenihan awan telah berjaya menghasilkan hujan di beberapa kawasan yang dilanda jerebu teruk termasuklah di Lembah Klang,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai proses pembenihan awan itu, Che Gayah berkata bahan yang digunakan adalah garam masakan biasa yang dilarutkan bersama air sebelum disembur ke dalam awan.

Katanya, proses tersebut tidak mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatan manusia ataupun alam sekitar.

“(Berhasil atau tidak) proses (pembenihan awan) bagaimanapun mengambil kira faktor keadaan awan, atmosfera yang sesuai dan stabil serta udara lembap di kawasan sasaran,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori