JAKARTA – Akibat jerebu yang ditimbulkan daripada kebakaran hutan dan ladang, Indonesia kini boleh berbangga apabila kini menjadi pengeluar gas karbon yang lebih banyak berbanding Amerika Syarikat (AS).
Walhal, AS selama ini memegang rekod sebagai sumber utama pencemaran udara atau gas rumah kaca kedua kedua di dunia setelah China yang memang sejak dahulu lagi terkenal dengan langit sentiasa berjerebu teruk.
Menurut laporan kajian World Resources Institute (WRI), pelepasan karbon akibat jerebu di Indonesia telah melampaui purata harian pencemaran udara di seluruh AS selama 26 hari daripada 44 hari sejak September.
Penyelidikan badan dunia itu menunjukkan lonjakan signifikan kerana selama ini AS merupakan sumber gas rumah kaca kedua selepas China manakala Indonesia biasanya dikategorikan oleh WRI pada tempat kelima.
“Pembakaran tanah gambut begitu signifikan untuk pelepasan gas rumah kaca kerana kawasan terlibat simpan jumlah karbon yang terbanyak di dunia dan terperap selama ribuan tahun,†jelas WRI baru-baru ini.
Baca: Jerebu IPU Palangkaraya Cecah 3,000 Rekod Paling Gila!
Juga: Setahun Jokowi Jadi Presiden, Jerebu Terburuk Sejarah Dunia
Institut berpusat di AS yang ditubuhkan sejak 1982 dengan 450 saintis terbaik dunia; dilaporkan menggunakan data berasaskan rekod kebakaran global untuk kajiannya, seperti dipetik oleh agensi berita antarabangsa AFP.
Secara khusus, WRI menyatakan bahawa fungsi pembakaran tanah gambut yang lazim diamalkan untuk dijadikan kawasan pertanian sebagai penyebab utama kepada pelepasan gas rumah kaca di serata dunia khasnya Indonesia.
“Pengeringan dan pembakaran tanah ini untuk perluasan ladang pertanian, seperti mengubah fungsi perkebunan kelapa sawit atau kayu-kayan untuk produk kertas, menyumbang peningkatan besar dalam gas rumah kaca.â€Â
Namun laporan terbaharu WRI mendedahkan setelah beberapa penyelidik melakukan penilaian tahap kebakaran hutan dan ladang yang melanda Indonesia sepanjang tahun ini adalah paling parah sejak 1997 lalu.
Herry Purnomo, saintis Center for International Forestry Research, misalnya, berpandangan keadaan itu disebabkan ketahanan ekosistem Indonesia lebih luas susulan penanaman industri perhutanan dan kelapa sawit. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA