Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sayangkan Babi, Sanggup Kongsi...

CHINA – Seorang wanita menjadi sensasi internet apabila kisah hidup sehariannya bersama dengan...

3,000 Kad Touch ‘n...

KUALA LUMPUR – Syarikat konsesi lebuh raya Grand Saga Sdn. Bhd. (Grand Saga)...

Kes Mayat Tanpa Kepala:...

TELUK INTAN - Seorang pemandu lori direman tujuh hari bermula hari ini bagi...

Vaksin Bangladesh Dapat Kelulusan...

DHAKA - Vaksin Covid-19 buatan tempatan pertama Bangladesh menerima kelulusan untuk menjalankan ujian terhadap manusia.Bangavax, vaksin yang

Jerebu: JAKIM Saran Solat Hajat Di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan semua masjid dan surau seluruh negara mengadakan solat Hajat bagi mendoakan masalah jerebu yang melanda negara tidak berpanjangan.

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan hari ini menyarankan pelaksanaan solat Hajat itu diadakan selepas solat Jumaat, esok.

“JAKIM mengambil inisiatif melalui Masjid-masjid utama JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta seluruh masjid dan surau di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk melaksanakan solat Hajat yang akan diadakan pada 9 Okt, selepas solat Jumaat,” katanya.

Beliau turut meminta kerjasama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di seluruh negara turut sama mengadakan Solat Hajat pada tarikh dan masa yang dinyatakan di seluruh masjid dan surau di bawah seliaan agensi masing-masing.


Othman juga menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menjaga kesihatan, mengehadkan aktiviti di luar rumah dan mengambil langkah bejaga-jaga dengan memakai penutup hidung semasa berada di kawasan terbuka.

“Marilah kita semua terus berdoa agar negara Malaysia sentiasa kekal aman, makmur dan sejahtera,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori