Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Dikhuatiri Lemas Dibawa...

Kota Tinggi - Kanak-kanak lelaki 12 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai...

Tok Mat Akui Akar...

PONTIAN - UMNO mengakui Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai oleh parti itu dengan...

Tempoh Sebulan Jemaah Menteri...

PUTRAJAYA - Semua anggota Kabinet dikehendaki mengisytihar harta masing-masing, kata Perdana Menteri, Tan...

Tambah T’nG RM200 Tapi...

PERNAHKAH anda menghadapi masalah ketika menambah nilai kad Touch 'n Go anda? Jika...

Jerebu: JPNT Ambil Langkah Untuk Calon PT3 Bermula 12 Okt

MARANG – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) membuat persediaan untuk memastikan kira-kira 19,000 calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di negeri ini yang akan mengambil peperiksaan itu bermula 12 Okt tidak terjejas oleh jerebu.

Ketua Sektor Akademik JPNT Azaha Abu Bakar berkata pihanya telah mengambil beberapa langkah antaranya akan membekalkan topeng muka dan peperiksaan diadakan dalam bilik yang mempunyai pendingin hawa.

Katanya pihaknya sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) khususnya di kawasan yang teruk dilanda jerebu seperti daerah Kemaman dan Dungun.

“Ketika ini jerebu di Terengganu masih terkawal … namun kita tetap mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya kepada pemberita pada majlis graduasi pelajar Sekolah Menengah Seri Payung di Akademi Bomba Wakaf Tapai, di sini hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 72 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima sijil penghargaan manakala 10 lagi menerima anugerah Khas Pengetua.


Azaha berkata pihak sekolah dan JPNT juga tidak menggalakkan para pelajar melakukan aktiviti di luar bilik darjah bagi mengelakkan mereka diserang penyakit seperti batuk, lelah dan sebagainya.

“Selain itu pihak sekolah turut menyarankan pelajar agar membawa dan meminum air kosong secukupnya sepanjang musim ini,” katanya.

Katanya jika keadaan berjerebu berterusan, Ops Topeng akan dilancarkan dengan topeng muka diedarkan kepada para pelajar terutamanya yang mengambil peperiksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori