Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kes Milik Wang Mangsa...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini menangguhkan hukuman terhadap sepasang suami isteri...

Enggan Bayar Bil Rawatan,...

BEIJING - Seorang doktor bertugas di bilik kecemasan (ER) Hospital Besar Tentera Jinan...

Pengenalan Tulisan Khat Di...

PUTRAJAYA - Jemaah menteri memutuskan supaya pengenalan tulisan khat diteruskan di Sekolah Jenis...

PRN Johor: Kecualikan Guru-guru...

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan sekali lagi memohon pertimbangan daripada Suruhanjaya Pilihan...

Jerebu: Marah Disindir, Indonesia Guna Bahan Kimia Terkuat!

MUNGKINKAH ini sesuai dinamakan sebagai bodoh sombong atau pun menyentuh pepatah lama iaitu pandai tidak boleh ditegur, bodoh pula tidak boleh diajar. Pendek kata, orang Utara cakap pi mai pi mai tang tu jugak.

Hakikatnya, isu jerebu negara kita termasuk jiran, Singapura dan terbaharu, Thailand; bukan sahaja terburuk sejak 1997 seperti kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Nasional (NASA) Amerika Syarikat (AS).

Malahan punca jerebu yang berasal dari Indonesia sejak Ogos lalu dan menjadi ‘acara’ wajib tahunan setiap kali musim panas kering menyerlahkan beberapa kisah yang membongkar situasi lucu dan terdesak pihak berkenaan.

Bayangkanlah buat julung dalam sejarah belum pernah berlaku Ketua Polis Indonesia ‘disindir’ secara terbuka oleh wakil Malaysia dan Brunei ketika menghadiri mesyuarat peringkat serantau di Kuala Lumpur minggu lalu.

Perkara itu didedahkan Jeneral Badrodin Haiti yang dilaporkan portal berita Indonesia, Tempo pada Ahad lalu ketika beliau menghadiri Mesyuarat Menteri ASEAN mengenai jenayah rentas sempadan di ibu kota Malaysia.

Baca: NASA Beri Amaran, Jerebu Bakal Jadi Terburuk Dalam Sejarah

1351483personil-tni-dari-yon-armed-9-pasopati-kostrad-jawa-barat-mulai-bertugas-padamkan-kebakaran-lahan-gabut-di-desa-kedaton-oki-sumsel.-2-780x390

Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci apakah bentuk kata sindiran ‘tajam’ itu, namun dikhabarkan kurang senang dengan ayat sinis delegasi dua negara serumpun tersebut berhubung kemelut jerebu tanpa kesudahan.

Badrodin namun hanya mampu menjelaskan republik tersebut telah berusaha sebaik mungkin menangani isu itu termasuk mendakwa 240 buah syarikat atau pemilik kebun yang melakukan pembakaran terbuka besar-besaran.

Mungkin malu atau pencerahan kurang meyakinkan banyak pihak, ketua polis Indonesia itu ‘memuji’ Singapura pada mesyuarat itu kerana lebih positif tetapi aneh pada masa sama menolak bantuan negara pulau kecil tersebut.

Untuk rekod, bukan mudah Singapura ‘saja-saja’ hulur bantuan kepada negara luar kecuali ada keperluan strategik atau sebagai cara diplomatik menolong sesebuah negara yang bermasalah dari segi hubungan jangka panjang.


Tindakan Indonesia enggan terima pertolongan pihak luar termasuk dari Malaysia, turut dikritik rakyat negara itu sendiri selain ramai pemimpin politik dan badan bukan kerajaan sebagai tingkah laku ‘berlagak tidak bertempat’.

Itu yang tersurat tetapi yang tersirat rupa-rupanya Indonesia berbuat demikian kerana mereka sedang menguji sejenis bahan kimia diguna pakai untuk memadamkan kebakaran yang mengakibatkan jerebu masih berterusan.

1915583ManggalaAgni131443267809-preview780x390

Menurut portal berpengaruh Kompas pada Selasa, Badan Nasional Pencegahan Bencana (BNPB) giat menguji 40 tan bahan tersebut yang dilaporkan mampu menurunkan suhu dan mengurangkan asap kebakaran secara drastik.

Bahan berbentuk serbuk itu dicipta oleh saintis tempatan, Randall Hartolakson hasil ekstrak ubi kayu sebagai ramuan kimia utama, menurut Ketua BNPB, Willem Rampangilei pada sidang media, di pejabatnya di Jakarta.

Kerja penyemburan bahan itu akan dilakukan di wilayah Sumatera Selatan menerusi cara water bombing atau pengeboman berair seperti lazim dilakukan helikoter bomba udara untuk memadam kebakaran di hutan tebal.

Malangnya, tidak pula didedahkan apakah kesan sampingan akibat penggunaan bahan kimia tersebut apatah lagi tempias jerebu dari wilayah berkenaan akan ‘terbang’ bebas menuju ke Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Sekali lagi, buat ‘bapak-bapak’ pemerintah Indonesia yang cukup disegani, dengarlah rintihan warga tetangga anda dan usahlah menyusahkan jiran hanya kerana mereka mudah menjadi mangsa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori