Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

PM Gesa PKS Sesuai...

SEPANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa perusahaan kecil dan...

Vokalis Padi Nekad Hijrah...

KEBANYAKAN vokalis kumpulan popular Indonesia nampaknya sudah mula membuat haluan sendiri sejajar dengan...

“Saya Akui Gambar Seksi...

KECOH apabila netizen dikejutkan dengan penyebaran gambar seorang aktres sebuah drama bersiri komedi...

Operator E-Hailing Digesa Galakkan...

KUALA LUMPUR - Operator perkhidmatan e-hailing harus meningkatkan usaha menggalakkan lebih ramai pemandu...

Jerebu Sebabkan Kualiti Udara Tak Sihat Di Singapura

SINGAPURA – Keadaan berjerebu terus melanda Singapura hari ini dengan jerebu dari Kalimantan dibawa ke wilayah sekitarnya oleh tiupan angin, kata Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA).

Kualiti udara di republik ini berada pada tahap tidak sihat dan keadaan itu dijangka berterusan sepanjang hari.

Sehingga 6 petang ini, bacaan indeks standard pencemaran 24 jam (PSI) ialah 138-167 iaitu dalam lingkungan tidak sihat, dan zarah terampai satu jam (PM)2.5 ialah 81-140µg/m3.

NEA berkata terdapat 11 dan 84 tompokan panas dikesan masing-masing di Sumatera dan Kalimantan hari ini.

Bilangan tompokan panas itu disebabkan oleh laluan satelit dan litupan awan di kawasan-kawasan di Sumatera dan Kalimantan.

Keadaan jerebu tahap pertengahan dan lebih padat masih berterusan di kawasan-kawasan di bahagian tengah dan selatan Sumatera dan Kalimantan.


Sesetengah jerebu dari Kalimantan terus merebak ke kawasan-kawasan perairan sekitar negara ini.

Esok, angin dijangka bertiup dari arah timur atau tenggara dan ribut petir dijangka berlaku pada tengah hari yang mungkin meredakan sedikit keadaan jerebu.

Selain itu, keadaan jerebu dan jarak ketampakan yang terhad juga dijangka berlaku.

Kualiti udara bagi tempoh 24 jam berikutnya dijangka berada pada tahap pertengahan dan tidak sihat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori