Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KKM Komited Wajibkan Suntikan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan berputus asa dalam usaha untuk...

Hargai Kerjasama Malaysia Banteras...

BANGKOK – Kerajaan Thailand amat menghargai kerjasama Malaysia dalam membanteras jenayah rentas sempadan,...

Salleh Said Keruak Lancar...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Pistol Tiruan Buatan Israel...

ALOR SETAR - Polis Daerah Kota Setar merampas sepucuk pistol tiruan jenis Desert...

Jerebu: Sekolah Di Beberapa Negeri Masih Ditutup Esok

PUTRAJAYA – Semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, daerah Kuching dan Samarahan di Sarawak, Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak di Sabah serta Muar, Ledang dan Segamat di Johor ditutup esok akibat jerebu.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata penutupan itu melibatkan 3,029 sekolah dan 1,909,842 murid.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan pemantauan sehingga pukul 1 tengah hari tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kebanyakan kawasan berkenaan masih berada pada tahap tidak sihat.

“Beberapa kawasan dan daerah juga didapati menunjukkan trend peningkatan pada bacaan IPU,” kata kementerian itu.

Hari ini sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, daerah Kuching dan Samarahan serta Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak ditutup akibat jerebu.


Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 16 kawasan masih berada pada paras IPU tidak sihat dengan bacaan tertinggi dicatatkan di Seremban iaitu 193, Baru Muda, Kuala Lumpur (165), Banting (162), Nilai (155), Putrajaya (154).

Tawau, Bukit Rambai dan Port Dickson (152), Bandaraya Melaka (151), Pelabuhan Klang (146), Shah Alam (142), Petaling Jaya (136), Cheras, Kuala Lumpur (131), Muar (128), Tanjung Malim (111) dan Kemaman (105). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori