Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Najib Tuntut Thomas Mohon...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menuntut...

SPRM Kelantan Tahan 33...

KOTA BAHARU - Seramai 33 suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan...

Kebakaran: Tiga Beranak Nyaris...

KUALA PILAH - Kepantasan bomba tiba di lokasi dalam tempoh lima minit berjaya menyelamatkan...

PAS Temui Tengku Adnan...

KUALA LUMPUR - PAS Putrajaya menemui Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan...

Jerebu Semakin Pulih, Banyak Kawasan Catat IPU Sihat

KUALA LUMPUR – Keadaan jerebu yang melanda negara kini semakin pulih susulan semakin banyak kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sihat.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, setakat 1 tengah hari ini, sebanyak 40 kawasan mencatat IPU sihat, manakala 12 lagi pada tahap sederhana.

Antara kawasan yang mencatat IPU sihat ialah Larkin Lama (49); Bandaraya Melaka (48), Petaling Jaya (47); Port Dickson (46); Tanjung Malim (45); Bintulu (44); Miri (43) dan Sandakan dan Putrajaya (40).

Sebanyak 12 kawasan lagi mencatat IPU sederhana termasuk Cheras, Kuala Lumpur (90); Banting (69); Pelabuhan Kelang (63); Bakar Arang, Sungai Petani (58); Kota Kinabalu (55); Pasir Gudang (54) dan Seberang Jaya 2, Perai (53).


IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori