Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penunggang Motosikal Gagal Bayar...

KUALA LUMPUR - Penunggang motosikal yang melanggar undang-undang trafik akan dikenakan denda maksimum...

Pemuda Pecah Dominasi Wanita...

KUCHING - Lazimnya apabila disebut seni sulaman, pasti yang terbayang di mata adalah...

Bukankah RM500 Diluluskan Parlimen?...

BAYARAN khas RM500 untuk penjawat awam yang diluluskan Parlimen menerusi pembentangan Bajet 2018...

Video: Gara-Gara Sepuntung Rokok…

TEHRAN - Seorang lelaki di Iran nyaris maut selepas puntung rokok yang dibuang...

Jerebu: Shah Alam Catat IPU Sangat Tidak Sihat

PETALING JAYA – Keadaan jerebu semakin teruk pada pagi Rabu dengan Shah Alam merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 221 iaitu sangat tidak sihat sehingga pukul 8 pagi Rabu.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pelabuhan Klang juga dilihat menghampiri situasi sangat tidak sihat apabila mencatatkan IPU 198.

hazeweb

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Sementara itu kawasan-kawasan lain dengan IPU tidak sihat pada pukul 8 pagi ialah Putrajaya (187), Banting (184), Petaling Jaya (181), Kuala Selangor (151), Batu Muda (168), Cheras (147), Seremban (148), Port Dickson (118 ), Nilai (145), Bukit Rambai (120) serta Bandar Melaka (114).


Di utara, kawasan IPU tidak sihat adalah USM (139), Seberang Perai 2 (139), Perai (118), Tanjung Malim (122), Seri Manjung (141), SK Jalan Pegoh, Ipoh (145), Kg Air Putih, Taiping (115), Jalan Tasek, Ipoh (136), Alor Setar (131), Bakar Arang, Sg Petani (137), Langkawi (127).

Kuching (128), Samarahan (132) dan Sarikei (112) adalah kawasan di Sarawak yang berada dalam bacaan IPU tidak sihat. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori