Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Kes Baharu Keracunan...

IPOH - Tiada kes baharu keracunan arak dilaporkan berlaku di Perak setakat ini,...

Pertemuan Dengan Agong Selesai

KUALA LUMPUR - Hampir 30 kenderaan golongan kenamaan (VIP) dilihat meninggalkan pekarangan Istana...

Sarjan Norihan Tunjuk Perkembangan...

GEORGETOWN - Sarjan Norihan Tari, mula menunjukkan perkembangan positif selepas berjaya menjalani pembedahan...

Liwat: 500 Penyokong Saiful...

PUTRAJAYA:  Kira-kira 500 penyokong hadir secara berperingkat bagi menyatakan sokongan terhadap mangsa pertuduhan...

Jerebu: USM Tangguh Aktiviti Kuliah & Tutorial Hari Ini

GEORGE TOWN – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menangguhkan semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran (kuliah dan tutorial) serta aktiviti luar berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk.

Pendaftar USM, Siti Zubaidah A. Hamid berkata aktiviti pentadbiran dan penyelidikan melibatkan risiko kepada kesihatan pekerjaan turut ditangguhkan, namun operasi universiti serta perkhidmatan kesihatan diteruskan seperti biasa.

“Aktiviti di dalam bangunan, kelas, tutorial, makmal dan aktiviti pengajaran termasuklah penilaian ditangguhkan serta-merta hari ini sehingga 12 tengah malam dan makluman selanjutnya akan dibuat nanti.

“Semua notis pembatalan atau penangguhan aktiviti adalah tanggungjawab penganjur, pensyarah, jabatan atau pusat dan larangan ini juga terpakai untuk pengguna luar di USM malah juga terpakai kepada aktiviti di luar USM,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar hari ini, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di USM meningkat daripada 236 pada 9 pagi, kepada 244 pada 10 pagi, manakala bacaan bagi Seberang Jaya meningkat kepada 280 pada 10 pagi daripada 272 pada 9 pagi.

Bacaan di Perai pula turut mencatat IPU pada tahap kualiti udara tidak sihat iaitu daripada 190 pada 9 pagi kepada 193 pada 10 pagi.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).


Siti Zubaidah berkata USM terus memantau perkembangan tahap jerebu yang semakin meningkat dan semua pelajar dinasihatkan memakai penutup muka sebagai langkah pencegahan keselamatan kesihatan yang diedarkan secara berperingkat.

“Pelajar dan staf yang bermasalah dinasihatkan mendapat perkhidmatan di Pusat Sejahtera kampus masing-masing dengan masa pembukaan dilanjutkan sehingga 6 petang setiap hari.

“Kami memohon kerjasama semua pihak melaksanakan tanggungjawab bersama ini dan sebarang kesulitan yang timbul adalah dikesali, namun USM mengambil keputusan ini atas kepentingan kesihatan semua yang terlibat,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai jerebu boleh didapati daripada laman sesawang www.pusatsejahtera.usm.my atau hubungi hotline Bilik Operasi Jerebu USM di talian 04-6534948/04-5622708/2709. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori