SEBUAH gambar yang menunjukkan seorang pelancong China membiarkan seorang kanak-kanak lelaki membuang air besar di hadapan kedai pakaian popular, Burberry di England telah mendapat perhatian netizen.
Perbuatan tidak malu itu ternyata menerima kecaman dan tohmahan orang ramai kerana jelas ia adalah satu perkara yang tidak boleh diterima umum.
Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku di butik Burberry yang terletak di Bicester Village dan ia dikatakan antara lokasi yang menerima kunjungan ramai pelancong dari negara China.
[BACA! INI 7 PERANGAI PELANCONG CHINA YANG TAK DISENANGI]
Wanita yang dipercayai nenek kepada budak lelaki tersebut tanpa segan-silu dan tanpa rasa bersalah dilihat telah membiarkan cucunya itu membuang air depan butik tersebut.
Orang awam yang menyaksikan kejadian itu telah memuat naik gambar berkenaan di laman makro Twitter dan rata-rata pengguna laman sosial itu telah mengutuk perbuatan jijik wanita terbabit.
Lebih mengecewakan, lokasi tandas dan butik terbabit hanyalah beberapa meter dari situ dan tidak perlu dibayar.
Berdasarkan kajian pada tahun 2013, United Kingdom adalah antara lokasi pelacongan dan pusat beli belah kegemaran rakyat negara China.
Namun begitu, pelancong China juga amat terkenal dengan tabiat serta perangai buruk mereka ketika melancong di negara lain. – Agensi/MYNEWSHUB.CC