Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

LZS Agih 10 Buah...

KUALA LUMPUR — Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini mengagihkan masing-masing sebuah...

Bawah Kerajaan PH, Pelabur...

PELABUR asing masih tidak mendapat gambaran jelas berhubung hala tuju dan dasar kerajaan...

JBPM Lakukan Penerbangan Ihsan...

GUA MUSANG - Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan dua...

Kim Jong-Un Arah Tentera...

SEOUL - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, mengarahkan pasukan tentera di barisan hadapan...

Johor Popularkan Semula Permainan Tradisional

KUALA LUMPUR – Kerajaan Johor akan menganjurkan Program Pembangunan Permainan Tradisional Negeri Johor bagi mempopularkan semula permainan tradisional dalam kalangan generasi muda.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor, Abdul Hamid Muhamad berkata, program dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Johor itu akan melibatkan pelajar sebagai peserta dan guru selaku tenaga pengajar.

“Ia selaras dengan cetusan idea Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin yang mana pembangunan permainan tradisional ini akan diperluaskan dalam kalangan pelajar sekolah.

“Johor akan menjadi negeri pertama menjalankan program permainan tradisional secara menyeluruh dan melibatkan permainan tradisional pelbagai kaum,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Abdul Hamid berkata, seramai 66 guru dari seluruh Johor telah menjalani latihan dalam bengkel kejurulatihan permainan tradisional yang dijalankan pada 5 hingga 7 Mac lalu bertempat di Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Johor.

Menurutnya, guru terbabit menjalani latihan dalam bidang permainan yang telah ditetapkan iaitu Gasing Pangkah, Sepak Raga, Congkak, Batu Seremban, Yoyo Cina dan Kabaddi.

“Latihan secara berjadual akan bermula pada 1 Jun 2015 di setiap daerah. Program ini akan diakhiri dengan diadakan Karnival Permainan Tradisional pada 24 Oktober 2015 di Dataran Bandaraya Johor Bahru,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori