Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Agong, Permaisuri Ziarah Pusara...

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

28 Terbunuh Dalam 3...

KARACHI - Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dalam tiga serangan berasingan di bandar Quetta...

Kerajaan PH Melaka Tumbang

MELAKA TENGAH - Perikatan Nasional yang disertai Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti...

Koridor Hidupan Liar Lindungi...

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew optimis koridor hidupan liar...

JPS Buat Persiapan Berterusan Hadapi Banjir

PADANG BESAR – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat persiapan berterusan untuk menghadapi kemungkinan berlaku lagi banjir besar, kata Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azizan Ahmad.

Beliau berkata persiapan membabitkan kerja pembersihan atau pembesaran sungai bagi memudahkan aliran air.

Azizan meninjau pelaksanaan projek Lencongan Banjir Barat Timah Tasoh di Empangan Timah Tasoh, Beseri di sini, hari ini.

Katanya di Perlis, antara pendekatan yang akan diambil dalam menghadapi masalah banjir ialah membina laluan baharu bagi memudahkan buangan air berlebihan dari Empangan Timah Tasoh ke laut.

“Kerajaan telah memperuntukkan lebih RM315 juta untuk melaksanakan projek tersebut yang membabitkan pembinaan terusan sepanjang 22.5 kilometer dari Empangan Timah Tasoh ke Kampung Wai di Kuala Perlis, termasuk melalui sebuah terowong sepanjang 756 meter di Bukit Tebing Tinggi,” katanya.

Beliau berkata fungsi utama terusan terbabit adalah untuk mengalirkan keluar air yang berlebihan dalam Empangan Timah Tasoh ke laut semasa berlaku hujan lebat sebagaimana yang berlaku pada tahun 2010.


“Pada masa itu disebabkan tidak ada terusan untuk membuang air ke laut, menyebabkan air berlebihan dalam empangan dilepaskan ke dalam Sungai Korok berhampiran yang sempit sehingga menyebabkan berlaku banjir sepanjang sungai berkenaan hingga ke Kangar,” katanya.

Azizan berkata banjir yang berlaku tersebut telah menenggelamkan 47,000 hektar atau separuh keluasan negeri ini termasuk sawah padi dan merosakkan harta benda lain milik 63,000 penduduk yang menyebabkan kerugian hampir RM200 juta.

Beliau berharap apabila siap sepenuhnya projek Lencongan Banjir Barat Timah Tasoh pada pertengahan tahun hadapan, masalah ancaman banjir di Perlis akan dapat diatasi secara lebih berkesan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori