Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rakaman ‘Ikan Merokok’ Di...

JIKA adegan 'ikan merokok' ditonton dalam siri kartun, mungkin kita akan tergelak lucu melihatnya.Tetapi,...

1MDB Sedang Disiasat, Kata...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengulangi penegasan berhubung pendiriannya...

Interaksi Antara Agama Bendung...

KUALA LUMPUR - Interaksi masyarakat pelbagai agama di negara ini harus diperkasakan bagi...

China Catat Lebih 4,500...

BEIJING - China mencatatkan 4,515 kes disahkan coronavirus dan jumlah kematian akibat penularan...

Jumlah Kutipan PTPTN Sehingga Hujung Sept Cecah Hampir RM7b

KUALA LUMPUR – Jumlah kutipan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 30 Sept mencecah hampir RM7 bilion, kata Pengerusinya Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata peningkatan itu merupakan hasil tindakan proaktif yang dilakukan PTPTN bagi memastikan peminjam tegar membuat bayaran balik.

“Sebanyak RM6.71 bilion (45.8 peratus) telah dikutip PTPTN daripada hampir 1.2 juta (66 peratus) peminjam,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Katanya jumlah keseluruhan peminjam PTPTN adalah 2.37 juta orang melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM53.7 bilion, manakala 607,842 pula merupakan peminjam tegar dengan jumlah pinjaman sebanyak RM4.9 bilion.

Bagaimanapun katanya, sejumlah 1.8 juta peminjam sepatutnya mula membayar balik pinjaman kepada PTPTN melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM14.65 bilion.


Dalam pada itu, beliau menyifatkan peningkatan kadar bayaran balik itu sebagai suatu situasi yang membanggakan membuktikan kejayaan usaha berlipat ganda PTPTN dalam menyedarkan peminjam untuk membuat bayaran balik.

“Bila kita tingkatkan penguatkuasaan, Alhamdulillah kita nampak satu peningkatan yang begitu ketara. Kutipan kita cecah suatu angka yang besar. Namun kita masih teruskan usaha untuk kutip wang pinjaman yang sememangnya jadi hak untuk peminjam baharu,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PTPTN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori