Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Penyebaran Covid-19 Melalui Udara...

KUALA LUMPUR - Dalam sebarang kejadian jangkitan wabak virus adalah penting untuk mengenal...

Ukraine Gesa Penyingkiran Russia...

KYIV: Ukraine semalam menggesa agar Russia dikecualikan daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

Vietnam Juarai Piala AFF...

HANOI - Vietnam memenangi Piala AFF Suzuki buat kali kedua selepas 2008 dengan...

Waspada Gelombang Kecil Covid-19...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) memberi peringatan kepada orang ramai untuk terus berwaspada...

Jurukamera TV3 Maut Kemalangan Di LPT

KUANTAN – Seorang jurukamera TV3 maut setelah motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabas di Kilometer 156 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan, Khamis malam.

Menurut jurucakap polis, mangsa Nor Azman Jumahat, 41, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada hampir seluruh badan termasuk patah tangan dan kaki dalam nahas kira-kira 9 malam itu.

“Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa yang ketika itu dari Kuala Lumpur ke Kuantan dipercayai terbabas sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kiri jalan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Akibat kejadian itu, mangsa yang berasal dari Binjai, Kemaman, Terengganu mengalami kecederaan parah termasuk di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian, katanya.


Difahamkan mangsa yang juga dikenali sebagai ‘Man J’ dalam kalangan rakan media ketika itu baru selesai bertugas, dan dalam perjalanan pulang untuk berjumpa keluarga di Kuantan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Jengka untuk bedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori