Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bakar Anjing Hidup-Hidup Hanya...

SEORANG lelaki yang telah membakar anjingnya hidup-hidup hanya dikenakan denda RM1,400, sekali gus mencetuskan...

Pendakwaan Mohon Mahkamah Keluar...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bersidang semula di...

“Kita Berjaya Menyatukan 3...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam memuat naik...

Muka Macam Belon Akibat...

SEORANG wanita muda yang dilahirkan dengan tahi lalat kanser yang besar kini terpaksa...

KADA Harap Dapat Lebih Peruntukan Dalam Bajet 2016

PASIR MAS – Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berharap akan mendapat lebih peruntukan dalam Bajet 2016 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada Jumaat ini.

Pengerusi KADA Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata peruntukan berkenaan perlu untuk memperkasakan lagi sektor makanan negara terutama di Kelantan.

“Pada tahun ini (dalam Bajet 2015) KADA telah mendapat peruntukan pembangunan daripada kerajaan pusat sebanyak RM20.8 juta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian input pertanian selain padi di pejabat KADA Jajahan Pasir Mas di sini, hari ini.

Md Alwi turut menyangkal dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan pusat akan mengurangkan peruntukan kepada agensi pertanian dalam Bajet 2016 berikutan cabaran ekonomi yang sedang dihadapi negara.

Sementara itu, beliau menasihati petani yang menerima input pertanian yang diberi secara percuma oleh kerajaan tidak menjualkannya untuk mendapatkan keuntungan mudah.

“Kami difahamkan ada sesetengah individu yang menerima input pertanian yang disumbangkan oleh KADA menjual input tersebut di pasaran gelap bagi mendapat keuntungan lebih.


Sebelum ini di Keterah (di Kota Baharu), kami menangkap petani yang disyaki menjual input pertanian tersebut iaitu 500 beg baja padi kepada pemborong, pihak kami kesal dengan pembuatan individu ini kerana ingin mengambil keuntungan lebih hasil sumbangan percuma pihak KADA kepadanya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati petani supaya lebih amanah kepada input pertanian yang diterima sumbangan kerajaan dan bersyukur kerana dipilih menyertai program pertanian di bawah KADA.

Pada majlis itu, Md Alwi menyampaikan sumbangan input pertanian kepada 344 petani iaitu 324 peserta projek tanaman sayur dan buah-buahan, 11 peserta ternakan biri-biri dan sembilan peserta ternakan ikan air tawar, melibatkan peruntukan RM220,994. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori