Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Vaksin Bivalen Dijangka Tiba...

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memberitahu vaksin bivalen Pfizer mungkin tiba di...

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam...

Rakyat Malaysia Beli Ayam...

DAP membantah keras langkah kerajaan menghentikan eksport ayam kerana ia didakwa menjejaskan pendapatan...

Kerajaan Tekad Kurangkan Defisit...

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad mengawal paras hutang negara...

Banjir: KADA Minta Petani Tanam Padi Ikut Jadual

PASIR PUTEH – Lebih 2,000 petani yang mengerjakan 4,968 hektar tanaman padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Pasir Puteh diminta menabur benih awal bulan depan untuk mengelak tanaman musnah jika banjir berlaku hujung Disember ini.

Anggota Lembaga Pengarah KADA, Zawawi Othman berkata KADA sudah menetapkan jadual musim kedua tanaman padi tahun ini mulai 1 Nov yang mana air akan dipam ke sawah.

“Jika terdapat di kalangan mereka menanam lewat dari tarikh itu kemungkinan tanaman padi mereka akan tenggelam dan musnah akibat banjir,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan zakat berjumlah RM20,000 kepada 200 petani di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Cherang Rotan di sini, hari ini.

Zakat berkenaan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan PPK Cherang Rotan.


Zawawi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak berkata pada akhir tahun lepas ramai petani di Pasir Puteh mengalami kerugian besar akibat tanaman (anak padi) ditenggelami banjir kerana mereka lewat menabur benih. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori