Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Kaji Guna Pusat Internet...

KOTA SAMARAHAN - Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengkaji sama ada sistem penjagaan...

Permohonan Batal Notis Kompaun...

KUALA LUMPUR - Permohonan kebenaran semakan kehakiman bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir...

Alahai Petak Undi Calon...

KUALA KANGSAR - Sebut sahaja fengshui, bagi peminat cerita politik tanah air pasti...

Sambut Hari Lahir Ke-72,...

UNIK... Demi berkongsi kegembiraannya, seorang penjual aiskrim telah memberi 1,000 aiskrim percuma kepada...

Kadar Tol Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth Naik Khamis

KUALA LUMPUR – Kadar tol di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) akan dinaikkan antara 10 sen hingga RM1.60 berkuatkuasa 15 Okt (Khamis) ini.

Syarikat konsesi lebuh raya berkenaan, Syarikat Lingkaran Luar Butterworth (PG) Sdn. Bhd. mengumumkan kadar tol baharu itu hari ini, yang melibatkan tiga plaza tol iaitu Perai, Bagan Ajam dan Sg Nyior.

Pengurus Besar (Operasi) syarikat itu Adnan Ariffin berkata kadar baharu itu melibatkan kenderaan Kelas 1 hingga 4, manakala Kelas 5 iaitu bas tiada perubahan.

Adnan dalam satu kenyataan berkata kadar tol baharu di Plaza Tol Perai dan Bagan Ajam masing-masing adalah RM1.50 bagi Kelas 1, RM3 (Kelas 2), RM4.50 (Kelas 3) dan 80 sen (Kelas 4).

“Kadar tol bagi Kelas 5 di Plaza Tol Perai dan Bagan Ajam dikekalkan iaitu masing-masing RM1.30 dan RM1.20,” katanya.


Bagi Plaza Tol Sungai Nyior pula, RM1.20 bagi Kelas 1, RM2.40 (Kelas 2), RM3.60 (Kelas 3), 60 sen (Kelas 4) dan Kelas 5 masih kekal 90 sen.

Kelas 1 adalah untuk kereta persendirian, Kelas 2 bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dengan lima atau enam tayar, Kelas 3 kenderaan yang mempunyai tiga gandar dengan enam tayar dan lebih, Kelas 4 teksi dan Kelas 5 untuk bas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori