Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bunuh Dan Siat Kulit...

PEREMPUAN kejam ini sepatutnya disula. Perbuatannya yang membunuh kucing yang baru dibelinya dan...

Suami Hadir Jamin Isteri...

MELAKA - Seorang wanita yang dicekup berkhalwat dengan lelaki berusia 24 tahun terkejut...

DAP Digesa Henti Jual...

BALIK PULAU - Tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP menjual tanah secara berleluasa boleh...

Wanita Berlumuran Darah Lepas...

Ia merupakan detik-detik yang mengejutkan apabila seorang lelaki yang sedang memandu kenderaannya di...

Kaji Semua Keberkesanan Pemberian BR1M

SEBAGAIMANA lazim pada Oktober, pembentangan belanjawan tahunan negara di Dewan Rakyat dinanti-nantikan rakyat. Masing-masing mengharapkan pembentangan Bajet 2016 esok akan membawa berita gembira kepada mereka.

Dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, antara lain ekoran kelembapan ekonomi China dan negara membangun, kejatuhan harga minyak dan nilai mata wang termasuk Ringgit, banyak pihak mengharapkan insentif yang dapat melegakan bebanan kos sara hidup.

Beberapa pihak berharap langkah kerajaan untuk mencari alternatif bagi meringkankan bebanan kos sara hidup rakyat termasuk memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dikaji semula agar ia lebih berkesan dalam usaha membantu golongan sasar.

KAJIAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN

Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri berkata kajian menyeluruh akan dapat membantu kerajaan melakukan proses penambahbaikan serta mengenal pasti kelemahan pelaksanaan sistem BR1M.

“Usaha memberikan BR1M kepada rakyat adalah keputusan yang baik namun kerajaan harus melihat kembali kewajaran pemberian BR1M dan sama ada ia benar-benar membantu mengurangkan bebanan rakyat.

“Adalah lebih baik jika kerajaan dapat menggunakan kaedah lain selain memberi bantuan dalam bentuk duit, misalnya menggunakan kad atau baucar yang tidak boleh ditukar kepada duit dan tertakluk untuk membeli barang keperluan sahaja bersesuaian matlamat BR1M untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya kepada Bernama.

Mohamad Fazli berkata memandangkan Malaysia akan mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, kerajaan harus mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan dunia termasuk jumlah peruntukan yang disalurkan kepada penerima BR1M.

Langkah ini bertujuan memastikan inisiatif pemberian BR1M digunakan secara berhemah dan memanfaatkan rakyat.

“Terdapat invividu yang menghabiskan duit BR1M dengan cepat, ada yang gagal menyimpan wang tersebut, malah timbul masalah di mana pemberian BR1M tidak sampai kepada golongan sasar. Kerajaan perlu peka terhadap perkara ini.

“Terdapat rungutan bahawa BR1M diberikan kepada golongan yang tidak layak sedangkan ramai lagi yang lebih memerlukan terutamanya golongan ibu tunggal, warga emas dan miskin bandar,” katanya.

Dalam belanjawan 2015, kerajaan menaikkan kadar BR1M kepada RM950 daripada RM650 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah yang dibayar tiga kali ansuran iaitu pada Januari, Mei dan September.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 manakala bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar itu dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.

BANCIAN PENDUDUK

Sementara itu, pakar ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia, Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin mencadangkan agihan BR1M disalurkan terus kepada golongan sasar melalui sistem bancian penduduk.

Beliau berpendapat menerusi sistem tersebut segala data dan maklumat mengenai individu yang layak menerima BR1M dapat diketahui dengan mudah.

“Berdasarkan banci penduduk kerajaan akan dapat mengenal pasti berapa populasi penduduk, demografi dan kelayakan pendapatan isi rumah sama ada mereka layak atau tidak.


“Kerajaan juga boleh mendapatkan kerjasama daripada ketua kampung atau wakil rakyat di kawasan tersebut agar proses mendapatkan maklumat penerima BR1M diperoleh dengan cepat,” katanya.

Selain itu, Amir Hussin berkata mengemas kini maklumat penerima BR1M di peringkat pentadbiran amat penting bagi memastikan tiada kes individu tercicir daripada senarai penerima bantuan kerajaan itu.

Ini kerana jika maklumat penerima BR1M tidak dikemas kini kemungkinan wujud golongan individu tidak beretika dan sanggup mengambil ‘hak’ orang lain.

Sehubungan itu, Amir Hussin mencadangkan agar kerajaan menggunakan sistem kad pengenalan khas bagi membantu menyelesaikan ‘kelompongan’ dalam pembahagian BR1M pada masa sekarang.

“Mereka yang memiliki kad pengenalan ini akan mempunyai rekod (penerima BR1M) dan hanya perlu membawa kad tersebut bagi mendapatkan bantuan kewangan agar tidak wujud penyalahgunaan oleh individu tidak bertanggungjawab,” katanya.

Di samping itu, beliau berkata tidak menjadi masalah jika kerajaan ingin menggunakan sistem setem makanan bagi mengantikan BR1M seperti di Amerika Syarikat yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dan tidak bekerja.

Setem makanan ini tidak boleh ditukar ke dalam bentuk wang dan hanya barang-barang keperluan asas seperti makanan diberikan kepada mereka.

“Saya rasa jika langkah ini digunakan sasaran penerima akan lebih tepat malah penerima juga boleh mendapatkan barang-barang keperluan ini dari Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang menjanjikan kualiti terbaik kepada pengguna,” katanya.

KOMITMEN KERAJAAN

Sementara itu, penjawat awam Muhammad Uzair Saharudin, 22, mengakui pemberian BR1M banyak membantu mengurangkan beban rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Walaupun tidak mengharapkan bantuan sepenuhnya daripada kerajaan, beliau berkata ia membuktikan komitmen kerajaan memastikan nasib rakyat terbela.

Muhammad Uzair berkata golongan penerima BR1M perlu menggunakan wang itu sebaik mungkin dan tidak terlalu boros membelanjakannya.

“Rakyat sebenarnya tidak kisah sama ada dapat BR1M atau tidak tetapi kalau dapat, kami (rakyat) bersyukur. Apa yang penting, saya sebagai rakyat mahukan ekonomi negara stabil dan maju.

“Dengan situasi ekonomi sekarang pastinya rakyat sedikit terbeban namun rakyat harus tahu berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan,” katanya yang menerima BR1M untuk kali pertama tahun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori