Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Tiada Perasaan Sakit...

BOGOTA - Seorang lelaki di Colombia tidak menunjukkan sebarang reaksi walaupun sebilah pisau...

13 Sebab Kenapa Perlu...

DALAM kesejukan dingin pagi dengan suhu serendah 0 darjah Celsius, penulis bersama-sama sekumpulan...

Pornografi Kanak-Kanak: Polis Brazil...

RIO DE JANEIRO - Polis Brazil pada Selasa menahan 40 individu dalam dua...

Hanya 17% Perniagaan Malaysia...

HANYA 17 peratus perniagaan di Malaysia melantik wanita sebagai ketua pegawai eksekutif atau...

Kajian Sweden Dapati Ketinggian Dan Kanser Ada Kaitan

SEBUAH kajian terbaharu daripada saintis Sweden mendapati penyakit kanser dan ketinggian seseorang mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Kajian yang memakan masa selama 50 tahun itu dijalankan di Institusi Karolinska di Stockholm dan keputusan itu telah merumuskan orang yang lebih tinggi lebih terdedah dan berisiko untuk menghidap penyakit kanser.

Kelompok individu ini katanya, mempunyai risiko besar untuk menghidap kanser payudara dan kanser kulit termasuk jenis-jenis kanser yang lain.

Risiko untuk wanita menghidap penyakit kanser malah meningkat kepada 18 peratus, manakala 11 peratus dalam kalangan lelaki.

Keputusan kajian penyelidik negara itu juga mendapati golongan individu ini menghadapi risiko dalam setiap 4 inci ketinggian mereka.


Gambar hiasan
GAMBAR HIASAN

Walau bagaimanapun, menurut Doktor Emelie Benyi, mereka masih tidak jelas sama ada individu yang tinggi ini mati akibat penyakit terbabit atau mati kerana kadar kematian meningkat secara keseluruhan.

“Kajian kami mendapati individu yang tinggi ini lebih terdorong untuk menghidap kanser tapi ia masih belum jelas lagi sama ada mereka mati akibat penyakit itu atau terdapat peningkatan untuk kadar kematian secara keseluruhan,” katanya.

Oleh itu, hal ini telah mendorong kepada teori yang menyatakan individu yang tinggi ini lebih terdedah kepada ransangan sel-sel kanser sewaktu mereka mengalami kadar pertumbuhan badan dan hormon di usia muda dahulu.

Selain itu, mereka juga menganggap komuniti ini mungkin memiliki sel-sel yang banyak dalam tubuh badan mereka sekali gus boleh meningkatkan peluang untuk sel kanser bercambah. - Agensi/ MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori