Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Memahami Sejarah Turunnya Al-Quran

Al-QURAN diturunkan pada malam Lailatul Qadar secara berperingkat.* “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini...

4 Bomba Ditahan SPRM...

KUALA LUMPUR - Empat anggota bomba yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Mat Sabu Enggan Komen...

KLANG - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu enggan memberi sebarang ulasan berkenaan pendedahan Naib...

Mehmet Kecewa Perak Gagal...

IPOH - Pengendali Perak, Mehmet Durakovic sedikit kecewa tetapi enggan meletakkan kesalahan individu...

Kakitangan Istana Negara Sambut Maal Hijrah

KUALA LUMPUR – Kira-kira 450 kakitangan Istana Negara memeriahkan acara sambutan Maal Hijrah peringkat istana berkenaan hari ini yang buat julung kali memuatkan acara perarakan.

Peserta antaranya terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan kakitangan dalaman Istana Negara.

Menurut Pegawai Perhubungan Akhbar Istana Negara, Mohd Husni Yusop, perarakan itu bagi menggantikan ibadat korban yang tidak dapat dilaksanakan kali ini.

Acara dimulakan dengan perhimpunan tujuh kumpulan peserta di perkarangan tempat letak kereta istana sebelum berarak ke sekitar kawasan itu.

Ia dilepaskan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wira Awang Kechik Abdul Rahman.


Susulan itu, peserta mendengar ceramah agama yang menekankan kepentingan merendah diri dan menjauhi sikap sombong.

Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah berupa wang tunai kepada pemenang kumpulan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori