Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Peneroka Bawa Tandan Sawit...

KUALA LUMPUR - Sekumpulan pekebun kecil dan peneroka Felda berhimpun di luar bangunan...

Dipenjara Hantar Ugutan Bunuh...

KALAU dah gila talak….ini yang berlaku kepada Stephani Renae Lawson yang sanggup membuka...

3,010 Kes Covid-19 Hari...

PUTRAJAYA – Jangkitan baharu Covid-19 menurun sedikit kepada 3,010 kes hari ini, menjadikan...

Malaysia Tak Import Ayam...

MALAYSIA tidak mengimport haiwan hidup dan produk dari kawasan Shaoyang di wilayah Hunan,...

Kanak-Kanak 2 Tahun Usap Skrin TV Sangka Acong Arwah Bapa

SEORANG kanak-kanak berusia 2 tahun menyangka peserta Gegar Vaganza 2 (GV2), Acong Sweetchild adalah arwah bapanya.

Seorang wanita dikenali sebagai Dayana Rojali, berkongsi kisah menyentuh perasaan ini menerusi akaun Facebook (FB) miliknya.

Status yang dimuatnaik ibu saudara kanak-kanak yang dikenali sebagai Irfan itu berbunyi:

“Ntah la asyik mintak nak tengok ayah je…hmmm Irfan ni buat orang sedih.. Siap usap-usap screen tv.. Al-Fatihah.”

Status tersebut dimuatnaik Dayana selepas seorang lagi ibu saudara Irfan, Nurraimi Rojali meluahkan rasa pilu di akaun FB dan menulis:

“Balik-balik keje ibu (nenek Irfan) cakap Irfan nak tengok ayah. Irfan ingat Acong Sweetchild tu arwah ayah dia. Apelah anak kecil ini mengertikan… Sometime tanya ayah, Irfan akan jawab ‘ayah kubur’ (Irfan tahu ayah dia dah tak ada)”.

Difahamkan bapa Irfan, Zainal Halimi meninggal dunia dua hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitiri tahun lepas.

Sumber Astro Gempak yang juga ibu saudara kepada Irfan dikenali sebagai Norhaliza Rojali (kakak Dayana dan Nurraimi) memberitahu, ibunya (nenek Irfan) terpaksa merakam program GV2 kerana anak kecil itu sering meminta untuk menonton ‘ayahnya’ menyanyi.


Katanya, tujuan dia berkongsi perkara ini kerana arwah adik iparnya itu memiliki wajah seiras vokalis Sweetchild, Acong.

“Mereka memang seiras cuma Acong sudah mewarnakan rambutnya. Irfan asyik suruh ulang rakaman GV2 sebab nak tengok ayah dia, lepas tu dia usap-usap skrin TV,” ujarnya ketika menghubungi Astro Gempak.

Kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Zainal Halimi, takziah dari kami. Semoga tabah mengharungi ujian ini dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. – astrogempak.com.my

Al-Fatihah.

FB 1

FB 2

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori