Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Muhyiddin Akan Dikenakan Tindakan...

KUALA LUMPUR - UMNO akan mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin jika...

Loji Rawatan Air Bukit...

KUALA LUMPUR - Loji Rawatan Air Bukit Tampoi yang ditutup pada 8.30 malam...

76 Petugas HTAR Keracunan...

SHAH ALAM – Seramai 76 petugas Jabatan Anestesiologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)...

7 Jenazah Warga M’sia,...

SEPANG – Hujan tidak menghalang berlangsungnya istiadat penghormatan bagi sembilan jenazah mangsa tragedi...

Kanak-Kanak Hilang Di Pantai Irama Dijumpai Mati Lemas

BACHOK – Seorang kanak-kanak yang dilapor hilang ketika mandi di Pantai Irama di sini semalam dijumpai mati lemas hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, ASP Azmi Mokhtar berkata Muhammad Azwan Arif Azmi, 8, dijumpai oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada pukul 12.10 tengah hari tadi.

“Mayat mangsa dijumpai kira-kira 0.38 batu nautika dari Pantai Kubang Golok iaitu kira-kira tiga kilometer dari Pantai Irama,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Muhammad Azwan Arif dari Kampung Buloh Poh, Ketereh, Kota Baharu hilang dihanyutkan ombak besar ketika mandi bersama rakan-rakannya.


Seramai 26 anggota penyelamat yang terdiri daripada polis, APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) terbabit dalam operasi mencari mangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori