Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Gerakan Tubuh Jawatankuasa Kaji...

KUALA LUMPUR - Gerakan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji kesan pelaksanaan Cukai Barang...

Suami Salima AF Kahwin...

BARU-BARU ini kecoh di laman sosial apabila tersebar berita menyatakan suami kepada penyanyi Salima...

Tarikh PRK Pengkalan Kubor...

TUMPAT - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin hari mengundi pada hari bekerja bagi...

PABM 2016: Isi Pidato...

BANGI: Ketua juri Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2016 Piala Perdana Menteri (PABM...

Kandungan Media Sosial Palsu Gugat Perpaduan Kaum

KUANTAN – Kandungan berita atau kenyataan palsu yang disebarkan menerusi media sosial menjadi cabaran besar dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kapli Emek berkata berdasarkan satu kajian khas yang dijalankan pihaknya, sebanyak 75 peratus kandungan berita yang disebarkan di media sosial adalah tidak benar.

Beliau berkata kandungan yang disebarkan menerusi aplikasi popular seperti ‘WhatsApp’ selalunya ditokok tambah hingga boleh membawa kepada salah faham dan kekeliruan dalam masyarakat.

“Hanya sebahagian kecil betul, jadi mengapa kita turut menyebarkan perkara yang tidak betul, sedikit sahaja peristiwa berlaku ia akan terus diviralkan, ini dikhuatiri akan memberi kesan (negatif),” katanya ketika merasmikan majlis perjumpaan bersama ahli jawatankuasa Rukun Tetangga negeri di sini hari ini.

Beliau berkata isu menghina agama dan tradisi masyarakat lain turut menjejaskan usaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.


Justeru, beliau menyarankan agar masyarakat di negara ini kembali berpegang kepada prinsip Rukun Negara bagi mewujudkan kembali sikap saling menghormati dan harmoni sesama kaum.

“Pemimpin di peringkat akar umbi juga harus memainkan peranan bagi membina bangsa Malaysia yang positif, tiada orang luar boleh membentuknya kecuali kita sendiri,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]xmQVi7GX_lY[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori