Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Jalani Perintah Sekatan...

KEMAMAN: Hasrat seorang lelaki yang menjalani perintah sekatan buang daerah (PCO) di Klang,...

Iklan Melampau Berleluasa Dan...

KUALA LUMPUR - "Dah ketandusan idea sangatkah sampai mereka buat begini? Malunya kalau...

2 Anak Melayu Juara...

HEBAT… Dua anak Melayu lakar sejarah apabila berjaya memenangi Pertandingan Debat Bahasa Mandarin...

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi...

Kantoi CCTV Rakam Bukti Lelaki 3 Anak Ini Rogol Kuda

LONDON — Seorang bapa kepada tiga orang anak dihukum penjara kerana didapati bersalah memperkosa seekor kuda betina. Tertuduh dikenali sebagai Alan Blackman, berusia 31 tahun; namun tidak dinyatakan tinggal di mana.

Lelaki berkenaan berjaya ditahan pihak polis Britain setelah mangsa, seekor kuda ditemui dalam keadaan terluka dan memerlukan rawatan intensif di sebuah ladang pertanian di Redenhall, Norfolk dekat sini, pada 6 Ogos lalu.

Pada mulanya dia menafikan merogol haiwan itu tetapi mengubah pengakuan setelah hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Blackman berada di kawasan tersebut pada waktu serangan seksual berkenaan.

Dia mengakui melakukan perbuatan terkutuk itu selepas polis menayangkan video di hadapan sekumpulan hakim di sebuah mahkamah Norwich yang mendedahkan Blackman memaksa kuda berkenaan ‘bersetubuh’ dengannya.

Meskipun dia didapati bersalah atas tuduhan jenayah keji itu, hakim Stephen Holt menyatakan Blackman perlu menjalani pemeriksaan pakar psikiatri untuk mencari punca kepada berlakunya kegiatan sumbang berkenaan.

Alan Peter Blackman
Alan Blackman

Anda memang mengakui perbuatan tersebut, tetapi pihak pengadilan perlu mengetahui dengan lebih mendalam tentang diri sebenar anda untuk mengelak kejadian sebegini boleh berulang lagi pada masa depan,” kata Holt.


Laporan akhbar Britain pada Jumaat bagaimanapun tidak menyatakan tempoh hukuman penjara tersebut tetapi pada kelaziman, pesalah kes seks dengan haiwan hidup sebegini biasanya boleh dipenjara sehingga 14 bulan.

Sebelum didakwa di mahkamah, Blackman sempat membuat ‘kempen bantahan’ untuk menafikan dia pernah memperkosa kuda itu melalui laman Facebook dirinya sekali gus menarik perhatian ramai netizen tempatan.

Malangnya tindakan kurang cerdik tersebut menyebabkan Blackman akhirnya mudah dikesan dan berjaya ditahan oleh pihak polis yang sebelum itu meminta bantuan awam bagi mengesan suspek berdasarkan imej CCTV tersebut.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori