Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Peguam Mengaku Tak Bersalah...

KUALA LUMPUR - Seorang peguam wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang...

‘Kak Ton’ Hadapi 11...

ROMPIN - Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

Solat Isyak Di Masjid...

SHAH ALAM - Jemaah yang menunaikan solat Isyak di Masjid Bandar Puncak Alam...

600,000 Isi Rumah M40...

KUALA LUMPUR - Pendapatan purata kasar bulanan isi rumah menurun 10.3 peratus daripada...

Kapal Perang AS Ceroboh Zon Kepulauan Yang Dituntut China

SEBUAH kapal perang milik Amerika Syarikat (AS) telah berlayar menghampiri kepulauan tiruan buatan China di Laut China Selatan, sebuah tindakan yang digelar kuasa besar Asia itu sebagai satu bentuk ‘provokasi’.

Menurut seorang pegawai AS kepada agensi berita AFP, kapal perang tersebut belayar di perairan yang dikelilingi sekirang-kurangnya salah sebuah formasi daratan Pulau Spratly yang dituntut China sebagai miliknya, pada Selasa, waktu tempatan.

Dalam laporan Associated Press Isnin lalu, para pegawai AS memberitahu bahawa peralihan kedudukan kapal perang pemusnah USS Lassen ke sekitar Kepulauan Spratly itu telah mendapat kelulusan Rumah Putih.

Kepulauan Spratly yang berhampiran dengan Selatan China iniƃā€šĆ‚Ā disekelilingi ratusan pulau-pulau kecil, kelompok pulau dan terumbu karang dan menjadi punca perbalahan rebutan wilayah antaraƃā€šĆ‚Ā Brunei, China, Malaysia, Filipina, Taiwan, dan Vietnam.

Para pegawai AS tersebut enggan nama mereka didedahkan kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk membincangkan perkara tersebut sebelum kapal perang pemusnah Lassen itu beralih kedudukan.

Jurucakap Pentagon, Komander Tentera Laut Bill Urban, menolak untuk memberikan sebarang komen.

Ketegangan mula timbul apabila China mengubah kawasan terumbu karang di kawasan itu menjadi beberapa kelompok pulau-pulau kecil untuk membolehkan pihaknya menyimpan kelengkapan ketenteraan – satu tindakan yang dianggap AS sebagai ancaman terhadap kebebasan navigasi.

Menteri Luar China, Wang Yi berkata bahawa Beijing telah cuba untuk mengesahkan sama ada kapal milik AS itu telah memasuki zon 12-batu pulau tersebut.

“Jika ianya betul, kami sarankan agar AS fikir semula dan sebelum bertindak, janganlah membabi buta atau cuba cetuskan kekacauan,” kata Wang Yi.

PENCEROBOHAN AS SEKADAR ‘PEMANAS BADAN’

Sementara itu, kedutaan besar China di Washington berkata konsep kebebasan navigasi itu tidak seharusnya menjadi alasan untuk AS ‘meregangkan otot’ atau menunjukkan kuasanya.

Jurucakap kedutaan Zhu Haiquan memberitahu Reuters bahawa,ƃā€šĆ‚Ā “AS patut menahan diri mereka daripada bercakap atau membuat apa-apa yang provokatif, selain daripada bertanggungjawab terhadap tindakan mereka bagi memastikan stabiliti dan keamanan serantau terjamin.

“Kebebasan navigasi pelayaran dan ruang udara tidak sepatutnya digunakan sebagai alasan untuk menunjukkan kuasa dan menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara lain,” katanya.


Washington dilaporkan menegaskan berulang kali bahawa mereka tidak mengiktiraf tuntutan China keatas wilayah perairan di sekeliling kepuluan buatan manusia itu.

“Kami beroperasi secara rutin di Laut China Selatan dan kami akan belayar di perairan antarabangsa bila-bila masa kami mahu,” kata seorang lagi pegawai kepada AFP.

Pentadbiran Presiden Barack Obama berkata bahawa ianya akan mengamalkan hak untuk kebebasan navigasi di mana-mana perairan antarabangsa, termasuk Laut China Selatan.

Jurucakap bagi Jabatan Dalam Negeri John Kirby menyatakan Isnin lalu bahawa AS tidak perlu berunding dengan negara lain jika mereka memutuskan untuk menjalankan kebebasan navigasi di sebarang perairan antarabangsa di seluruh dunia.

LALUAN PERAIRAN PENTING YANG STRATEGIK

“Jangan tak tahu, AS akan terbang, belayar dan menjalankan operasi di mana-mana sahaja yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa, seperti yang kami lakukan di seluruh dunia, dan Laut China Selatan bukan dan takkan mendapat pengecualian,” kata Setiausaha Pertahanan, Ash Carter pada Okt. 13.

“Kami akan tetap belayar pada masa dan tempat yang kami pilih tanpa mengira kawasan Artik atau laluan lautan yang menjana kewangan dunia, hatta Laut China Selatan sekalipun, tiada pengecualian baginya,” kata Carter lagi.

Sementara itu Beijing menegaskan bahawa ia mempunyai hak kedaulatan terhadap keseluruhan kawasan Laut China Selatan, termasuklah perairan berhampiran pantai negeri lain.

Laut China Selatan merupakan laluan perairan yang penting di mana kira-kira satu pertiga daripada keseluruhan dagangan minyak dunia melalui kawasan tersebut, dan perebutan tersebut dikhuatiri akan mencetuskan perbalahan yang lebih besar. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Al-Jazeera

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori