Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Antara Terbabit...

KUCHING - Episod perlanggaran sebuah bot di perairan Brunei yang meragut dua nyawa...

Kumpulan Anti Najib Semakin...

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Kumpulan yang menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib...

Nasi ‘Vanggey’, Dari Ipoh...

KUALA LUMPUR - Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah dari Ipoh, yang terkenal kerana...

RM89.2j Bayaran Balik Khas...

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM89.2 juta telah dibayar kepada 987 buah perniagaan yang...

Kapal Tentera AS Di Perairan Kota Kinabalu

KUALA LUMPUR – Kapal Tentera Laut Amerika Syarikat USS LASSEN tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 10 pagi ini.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, USS LASSEN merupakan kapal kelas `Arleigh Burke Destroyer’ yang dibina oleh Ingalls Shipbuilding, Pascagoula.

“USS LASSEN di bawah Pegawai Memerintah Komander R.Francis dilengkapi dengan keupayaan sistem pelancar misil Tomahawk dan Torpedo. Kelajuan maksimum kapal 31 knot dan dianggotai seramai 26 pegawai serta 268 anggota.

“Untuk makluman, ini merupakan lawatan pertama USS LASSEN ke Malaysia dan tujuan lawatan kapal adalah untuk ulang bekal dan beristirehat sebelum kembali ke pangkalan asal,” kata kenyataan itu hari ini.


Menurut kenyataan itu, aktiviti rasmi turut diadakan sepanjang lawatan kapal tersebut di PangkalanTLDM Kota Kinabalu termasuk Kunjungan Hormat ke atas Panglima Wilayah Laut 2 dan Panglima Markas Kapal Selam (MAKS), Khidmat Komuniti di Tanjung Aru dan Majlis Resepsi di KD PERAK. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori