Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mulakan Langkah Awal Jika...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) meminta PAS memulakan langkah awal jika...

Guna Media Sosial Dengan...

KOTA KINABALU - Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk...

Solat Berjemaah Tanpa Penjarakan...

PUTRAJAYA : Solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal dibenarkan di semua surau dan masjid...

Fitsome Anjur Kelas Percuma...

MASALAH obesiti atau kegemukan melampau semakin meruncingkan di Malaysia hari ini. Dengan angka semakin...

Kapal TLDM Selamatkan Bot Riadah Asing Hanyut

JOHOR BAHARU – Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyelamatkan sebuah bot riadah asing yang dipercayai keluar memancing dan hanyut di 2.8 batu nautika timur Batuan Tengah, dekat Pengerang, Kota Tinggi, petang semalam.

TLDM, dalam satu kenyataan di sini berkata kapalnya, KD Pendekar yang sedang melaksanakan rondaan di perairan Batuan Tengah telah mengesan bot itu yang didaftar di Singapura, 37 STAMAS, hanyut di perairan tersebut.

Master dan empat kru warga Singapura bot riadah itu memaklumkan bot mereka mengalami kerosakan enjin. Anggota juruteknik enjin KD Pendekar kemudian telah turun memeriksa dan membaiki kerosakan enjin tersebut dalam masa hanya 13 minit,” kata kenyataan itu hari ini.

Setelah enjin berjaya dihidupkan, bot 37 STAMAS kemudian diiring keluar dari perairan Malaysia menuju ke Singapura.

Menurut TLDM, semasa melaksanakan rondaan, kapalnya sentiasa melaksanakan Inisiatif Bertanya Khabar (IBK) dengan bot nelayan, kapal-kapal dagang serta instalasi luar pantai di dalam perairan Malaysia.


IBK ini diwujudkan bagi memberi keyakinan kepada komuniti maritim bahawa kapal TLDM sentiasa peka dengan keselamatan mereka.

Di samping itu, katanya IBK juga dapat mengeratkan hubungan TLDM dengan komuniti maritim yang membolehkan bantuan segera dihulurkan sekiranya mereka menghadapi kesukaran serta sebagai medium perkongsian maklumat tentang aktiviti jenayah yang berlaku di perairan Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori