KUALA LUMPUR – Kualiti udara di seluruh negara pagi Sabtu semakin pulih berikutan tiada kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 9 pagi.
Sejumlah 37 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), antara kawasan yang mencatatkan IPU sederhana adalah Banting (81), Putrajaya (77), Nilai (76), Port Dickson (76) dan Shah Alam (75).
Sebanyak 14 kawasan pula mencatakan IPU sihat termasuk Alor Setar, Kedah dan Kapit, Sarawak, masing-masing 50, manakala Indera Mahkota, Kuantan dan Keningau, Sabah masing-masing 48.
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA