Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

FELCRA Tarik Balik Saman...

KUALA LUMPUR - FELCRA Berhad hari ini menarik balik saman fitnah terhadap Timbalan...

Konsert Helloween Julung Kali...

DEMAM kehangatan Pilihan Raya (PRU) ke-14 yang akan diadakan pada 9 Mei depan...

JDT Buat Perubahan Pertengahan...

KUALA LUMPUR - Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan membuat beberapa...

Individu Sindiket Penipuan Hartanah...

KOTA KINABALU - Polis menahan seorang lelaki yang juga pengurus projek sebuah syarikat...

Kecoh.. JAKIM Tarik Balik Sijil Halal Roti Sweetie

PENGGUNA beragama Islam sememangnya begitu sensitif berhubung isu halal kerana tidak mahu ditipu perihal status makanan yang berada di pasaran.

Namun, baru-baru ini heboh di laman sosial apabila seorang netizen mendakwa roti jenama Sweetie tidak halal berikutan tiada sebarang sijil halal dipaparkan pada packaging roti tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan, atas pemeriksaan orang ramai menerusi laman direktrori Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mendedahkan bahawa status halal roti jenama terkenal itu telah ditarik balik.

12112112_10153707935057042_5765922119755497788_n

Menurut sumber yang kami terima, sijil pengesahan halal bagi roti jenama Sweetie keluaran syarikat Today Bakeries Products (Klang) Sdn. Bhd. itu telah ditarik balik sejak dua bulan lalu.


Difahamkan, penarikan semula sijil halal tersebut hanya melibatkan produk yang dihasilkan di kilang roti tersebut di Klang.

Bagaimanapun, tidak diketahui mengapa sijil tersebut ditarik balik.

Sementara itu, dalam satu laporan akhbar, pihak JAKIM dikatakan memberi tempoh masa selama tiga bulan bagi syarikat tersebut untuk membuat permohonan semula sijil halalnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori