Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Aksi Ganas Dalam Filem...

KUALA LUMPUR - Adegan keganasan dalam filem Tamil perlu ditapis bagi mengelakkan belia...

Anwar Pujuk Penyokong Pembangkang...

KUALA LUMPUR – Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa...

Tiada Kompromi Isu Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Semua pemaju dan pemilik bangunan tidak boleh berkrompomi terhadap isu...

Netizen Anggap Uqasha Terima...

SEJAK mengambil keputusan untuk kembali kepada imej tidak bertudung kira-kira tiga tahun lalu,...

Keluar 1,744 Saman Atas Pelbagai Kesalahan

Kluang – Sebanyak 1,744 saman membabitkan pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan sepanjang Operasi Khas Kluang dilancarkan di daerah ini bermula 28 September lalu hingga semalam.

Selain itu, seramai 45 individu ditahan dan diserahkan waran tangkap bagi menyelesaikan saman tertunggak masing-masing.

Pegawai Turus Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Superintendan Bon Jeen Ah Rom berkata, seramai 139 pegawai dan anggota Cawangan Trafik Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang terbabit dalam operasi itu.

Menurutnya, operasi khas itu bertujuan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan lalu lintas selain mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khasnya di daerah Kluang.

“Berpandukan kepada statistik kemalangan dari Januari hingga Ogos 2015, sebanyak 2,849 kes kemalangan jalan raya dicatat di daerah ini dan daripada jumlah itu, 66 kes membabitkan kemalangan maut dengan 75 kematian.

“Oleh itu, kita merasakan perlu ada satu penguatkuasaan dilakukan terutama di kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan jalan raya,” katanya ketika menyertai operasi di Kilometer 7, Jalan Kluang-Mersing berdekatan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di sini, semalam.


Bon Jeen berkata, operasi itu juga sebagai tindakan susulan daripada kemalangan maut membabitkan mendiang Asisten Superintendan Margaret Ragum Goen yang dirempuh seorang penunggang motosikal ketika operasi cegah lumba haram pada 6 September lalu.

“Tujuan utama operasi khas ini untuk mengurangkan kadar kemalangan, menyedarkan masyarakatmengenai sikap bertanggungjawab ketika di jalan raya selain mengambil tindakan kepada pengguna yang melanggar peraturan lalu lintas.

“Di samping itu operasi ini bertujuan mengesan pemandu yang terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah, penyalahgunaan dadah serta lain-lain kesalahan dan secara tidak langsung mengurangkan kadar jenayah jalanan,” katanya. – myMetro Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori