Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Daesh Pernah Cuba Culik...

KUALA LUMPUR - Pasukan keselamatan negara telah berjaya mengekang dan menggagalkan beberapa plot...

Covid-19 : 1,054 Kes;...

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan 1,054 kes termasuk satu kes import, menjadikan...

Emas Cecah RM300,000 Lenyap...

KUALA LUMPUR - Kurang daripada lima minit, sebuah kedai emas di Jalan Tuanku...

India Larang Eksport Tepung...

NEW DELHI – India meluluskan dasar melarang eksport tepung gandum dalam usaha menurunkan...

Keluarga Lega Anak Tunjuk Perkembangan Positif

KOTA BHARU – Waris kanak-kanak Orang Asli yang ditemui selamat pada Jumaat selepas hilang sejak Ogos lepas, lega melihat perkembangan positif mereka yang sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

Dua kanak-kanak itu, Norieen Yaakob, 10; dan Mirsudiar Aluj, 11; dirawat di hospital tersebut disebabkan lemah kerana dehidrasi.

Ibu Norieen, Midah Angah, 40, berkata, anaknya yang ditemui semalam masih dalam keadaan lemah dan trauma dengan kejadian yang menimpanya, namun keadaannya stabil.

Saya bersyukur dia (anak) ditemui dalam keadaan selamat tetapi badan dia masih lemah. Saya sedih melihat keadaannya kerana tidak sama seperti dahulu.


“Saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan pasukan mencari dan menyelamat, dan semua yang terlibat dalam operasi ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HRPZII hari ini.

Midah berkata, pada mulanya dia dan keluarga tidak menaruh harapan untuk menemui semula Norieen dan adiknya, Haikal, 8; namun bersyukur Norieen ditemui dalam keadaan selamat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Ahli Parlimen Jeli turut meluangkan masa menziarahi mangsa berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori