Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PRU14: Proses Penamaan Calon...

KUALA LUMPUR – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bermula...

‘Peguam Doktor Tentera Suruh...

KUALA LUMPUR - Tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony...

Suspek Kes Rogol Maut...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dipercayai suspek kes samun dan rogol di sebuah...

PAS Tidak Akan Sokong...

PERMATANG PAUH - PAS sama sekali tidak akan bersama Pakatan Harapan di dalam...

Kenyataan Majlis Raja-Raja Tentang 1MDB Selari Dengan Kerajaan

ALOR SETAR – Kenyataan oleh Majlis Raja-Raja tentang siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini adalah selari dengan kemahuan kerajaan berkenaan siasatan terhadap syarikat itu.

Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, tiada percanggahan antara Majlis Raja-Raja dan kerajaan berkenaan siasatan terhadap 1MDB.

“Jikalau kita baca betul-betul (kenyataan Majlis Raja-Raja), tidak banyak yang bercanggah. Jikalau pihak Majlis Raja-Raja hendakkan penyiasatan dibuat dan satu kesimpulan dicapai, satu penyiasatan yang berjaya, satu keputusan mesti dicapai, maka pihak kerajaan memang itulah yang kita mahukan iaitu 1MDB diselesaikan.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pun meminta masa selama enam bulan (untuk menyelesaikan 1MDB). Saya kira awal tahun hadapan, Januari boleh diselesaikan,” katanya Jumaat.

Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Sosial Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS7) di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori