Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Harakah Gagal Minta Maaf,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak hari ini, meneruskan...

IPU Di Sarawak Berada...

KUCHING - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak secara keseluruhannya berada dalam...

Video: Pelanggan Mengamuk Di...

HANYA kerana terlewat menghantar minuman kepada pelanggan, seorang pekerja restoran telah dimaki hamun serta...

NASA Cipta Robot ‘Lebah’...

MOUNTAIN VIEW - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) bakal...

1MDB: Kerajaan Ambil Berat Titah Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan mengambil berat dan menghormati titah Majlis Raja-Raja berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan bagaimanapun berharap tiada pihak menangguk di air yang keruh kononnya kerajaan tidak berusaha menangani isu yang sengaja dipolemikkan itu.

“Berilah kesempatan dan ruang secukupnya kepada pihak berwajib untuk menyelesaikan semua permasalahan dengan sebaik mungkin,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

1MDB: Peguam Negara Jawab Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja pada 6 Oktober lalu bertitah supaya kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak terlibat.

Titah oleh Majlis Raja-Raja itu diambil kesempatan oleh parti-parti pembangkang untuk menonjolkan kepada masyarakat kononnya kenyataan raja dan sultan selari dengan agenda politik mereka.

Ahmad Zahid berkata, segala titah Majlis Raja-Raja dinilai baik dan kerajaan sebenarnya telah pun mengambil langkah proaktif untuk mendepani isu yang dititah tersebut.

Menurutnya, segala siasatan harus berpegang kepada prinsip kedaulatan dan desakan untuk mempercepat atau melewatkan sebarang siasatan kepada mana-mana pihak tidak patut berlaku.


“Namun kerajaan menegaskan bahawa segala maklumat tentang siasatan berkenaan akan dilakukan secara adil dan terbuka.

“Sistem perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan adalah jelas dan jika terdapat pihak yang didapati bersalah, maka tindakan undang-undang akan diambil,” katanya.

Beliau turut memaklumkan kerajaan dalam proses menjayakan pelan pengurangan hutang bagi syarikat 1MDB.

Katanya, pelan itu disambut baik pelbagai pihak pelabur dari dalam dan luar negara dan kerajaan akan membentangkan segala transaksi pengurangan hutang 1MDB melalui pelaburan kepada aset tersebut dalam tempoh terdekat.

“Kerajaan sentiasa mengambil berat dan menghormati titah Majlis Raja-Raja. Oleh itu kestabilan ekonomi negara, pemulihan nilai matawang Ringgit, keharmonian antara kaum dan pengurangan kos beban hidup rakyat menjadi fokus untuk kerajaan.

“Segala usaha sedang dilakukan bagi memastikan isu-isu ini dapat diselesaikan pada masa terdekat,” katanya.  – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori