Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Malaria Monyet Bertambah...

KUALA LUMPUR - Lebih banyak kes Monyet Malaria (dikenali sebagai Malaria Knowlesi) dikesan...

Gempa Bumi Kuat Landa...

NEW DELHI : Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda...

4 Lelaki Curi Kerbau...

BUKIT MERTAJAM - Empat lelaki dipercayai anggota geng curi lembu dan kerbau berpura-pura...

Remaja Sebar Berita Palsu,...

MANUSIA zaman sekarang ni sanggup betul buat perkara yang memalukan dan tak bermoral...

Kerajaan Diminta Tangguh Kenaikan Kadar Tol

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta menangguhkan sementara kenaikan kadar tol di sembilan lebuh raya serta mengkaji semula kewajaran langkah itu memandangkan situasi ekonomi semasa yang mencabar bagi pengguna.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata kenaikan kadar tol itu perlu ditangguhkan kerana keadaan sekarang, sangat tidak sesuai berikutan pengguna baru berdepan kenaikan harga petrol.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, menurutnya walau sekecil manapun kenaikan, memberi kesan psikologi cukup besar kepada pengguna selain tidak menolak kemungkinan ia boleh menyebabkan berlaku kenaikan harga barang keperluan.

“Sudah semestinya berita itu tidak menggembirakan terutamanya kepada mereka yang terpaksa menggunakan laluan tol untuk ke tempat kerja kerana tiada pilihan lain,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk N. Marimuthu berkata kerajaan perlu mengkaji justifikasi kenaikan itu kerana ia tidak menjamin lebuh raya diselenggara dengan baik dan tidak berlaku kesesakan.

“Kita harap ia dapat ditangguhkan kerana kenaikan harga petrol serta kejatuhan nilai ringgit baru-baru ini, sudah cukup memberi cabaran kepada pengguna bukan sahaja yang berpendapatan rendah tetapi juga golongan pertengahan,” katanya.

Setakat 7 malam, sembilan syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM3 berkuat kuasa Khamis ini.

Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART).

Selain itu, Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), manakala kadar tol di semua lapan lebuh raya kendalian PLUS kekal.


Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa), Tajudin Mohamad Yunus berkata pihaknya kesal dengan kenaikan kadar tol itu memandangkan lebih banyak kos bakal ditanggung pengusaha bas.

“Saya kecewa kerana kenaikan itu makin menyusahkan pengusaha bas dan seolah-olah tidak mahu membantu kami meningkatkan pendapatan pengusaha bas Bumiputera,” katanya.

Tajudin turut kesal kerana sebelum ini, pihaknya pernah memohon menaikkan tambang bas namun tiada perubahan harga tambang dilakukan.

“Bagaimana nak bantu pengusaha bas kalau semua kos naik? Kami harap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin apatah lagi, kini bilangan pengusaha bas Bumiputera kian berkurangan,” katanya.

Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah berkata pengusaha teksi dilihat tidak terjejas dengan kenaikan itu, sebaliknya akan membebankan penumpang kerana tol dibayar oleh mereka.

Beliau berkata situasi itu tidak mengurangkan bilangan penumpang teksi kerana kenaikan kadar tol untuk teksi tidak terlalu tinggi.

Kenaikan kadar tol untuk teksi adalah antara 20 dan 50 sen. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori