KUALA LUMPUR – Bajet 2016 seperti dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat kelmarin mengiktiraf peranan badan bukan kerajaan (NGO) dalam mensejahterakan rakyat negara ini.
Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Rosland Mohd. Arif berkata, perkara itu terbukti apabila Bajet 2016 memperuntukkan dana sebanyak RM160 juta untuk NGO menjalankan tanggungjawab mereka kepada masyarakat.
“Peruntukkan sebanyak itu menunjukkan kerajaan mengiktiraf peranan NGO-NGO dalam komuniti. Ia juga menunjukkan kerajaan yang mementingkan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2016 pada Jumaat lalu mengumumkan RM160 juta disediakan untuk NGO-NGO bagi melaksanakan program berasaskan pembangunan komuniti, perpaduan, kebajikan masyarakat, kesihatan dan keselamatan.
Sementara itu, Rosland dalam kenyataan sama berkata, 4PM yang terlibat dalam aktiviti membantu orang ramai menghadapi masalah kebankrapan dan lelongan mendapati ramai gologan peminjam tidak tahu tentang hak mereka.
Menurutnya, kekurangan pengetahuan tentang hak selaku peminjam menyebabkan ramai peminjam hanya akur dengan tindakan pihak bank yang mahu membankrapkan atau melelong harta benda mereka.
“Kerana itu 4PM diwujudkan sebagai NGO untuk mewakili mereka berunding dengan pihak bank. Kami telah berjaya membantu ramai peminjam melepaskan diri daripada kebankrapan atau lelongan,” katanya.
Orang ramai yang memerlukan bantuan 4PM diminta menghubungi talian 03-238 67835/019-2531000/019-3971000/011-1331 3155/1700-818-707 atau melayari laman web www.ppppmalaysia.weebly.com. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]Ig4FBvOsedU[/wpdevart_youtube]