Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Muafakat Nasional Gagal Sepakat,...

SHAH ALAM : Pemimpin UMNO dan Pas seharusnya bermuhasabah dan tidak menyalahkan mana-mana...

Remaja Tunggang Motosikal Ala...

KLUANG : Seorang remaja yang menunggang motosikal dengan melakukan aksi seperti ‘Superman’ ditahan...

Siasat 3 Anggota ATM...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengarahkan kementeriannya melakukan siasatan segera berhubung...

Tun M Hadir Persidangan...

MELAKA - Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menghadiri Persidangan Kebangsaan...

Kerajaan Selangor Perkenal Skim Sewa Milik Danasel

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang mahu membeli rumah kos rendah di Selangor tetapi gagal mendapat pinjaman perumahan dipelawa menyertai Skim Sewa Milik Danasel anjuran kerajaan negeri.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, melalui skim itu, mereka yang gagal mendapat pinjaman bank boleh menyewa rumah tersebut daripada kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri akan membeli rumah yang hendak dibeli dan disewakan kepada mereka. Bagaimanapun apabila mereka telah layak mendapat pinjaman bank maka mereka boleh membeli rumah yang mereka sewa itu.

“Kerajaan negeri akan menjual rumah tersebut dengan harga jualan yang telah ditolak sebahagian dari sewa yang telah dibayar,” katanya.

Iskandar berkata, sekiranya penyewa-penyewa terbabit masih gagal mendapatkan pinjaman perumahan maka mereka boleh terus tinggal di rumah tersebut.


“Mereka akan terus membayar sewa sehingga jumlah sewa yang dibayar dapat menampung harga rumah. Ketika itu rumah tersebut akan menjadi milik penyewa,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyertai skim itu diminta menghubungi Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) di talian 03-5544 7906.

“Orang ramai juga boleh datang terus ke pejabat LPHS di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Tingkat 5, Podium Utara, Persiaran Sultan, Seksyen 5, Selangor, 40503 Shah Alam pada waktu pejabat,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori