Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Kim Jong-Un Dapat Jawatan...

PYONGYANG - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un semalam diberi jawatan baru pengerusi Parti...

Nyaris Jadi Mangsa Curi,...

ZAMAN sekarang, bermacam-macam taktik serta modus operandi yang digunakan oleh penjenayah demi melunaskan...

Kekasih Dari Neraka Dipenjara...

LEICESTER - Seorang wanita yang cuba membunuh teman lelakinya dengan mencurah asid sulfurik...

Humanoid Robot Khidmat Di...

PYEONGCHANG (Korea Selatan) – Sukan Olimpik PyeongChang 2018 dan Sukan Musim Sejuk Paralimpik...

Kerajaan Tak Berhasrat Tangguh PLKN 2.0

KUALA LUMPUR –

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddun Tun Hussein berkata cadangan penangguhan dilihat tidak wajar memandangkan projek Perintis Transformasi PLKN 2.0 dilaksanakan pada 17 Okt dan mendapat sambutan baik dengan penglibatan 470 pelatih, dengan 369 peserta menyertainya secara sukarela.

“Kita rasa ia mesti dipertahankan tetapi semua pihak harus bekerjasama bagi menjayakan program itu demi pembangunan modal insan generasi akan datang,” katanya menjawab soalan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) yang mencadangkan program itu ditangguhkan setahun lagi.

Nasrudin mencadangkan program itu ditangguhkan setahun lagi bagi membolehkan penambahbaikannya dilakukan secara holistik selain meminta kementerian membentangkan hasil kajian Makmal Tranformasi PLKN di Parlimen.

Program PLKN dengan peruntukan RM400 juta setahun ditangguh setahun susulan langkah rasionalisasi perbelanjaan yang diumumkan kerajaan Januari lepas selain bagi memberi ruang kepada program itu dikaji semula dan ditambah baik.

Baru-baru ini, Hishammuddin mengumumkan PLKN 2.0 akan memperkenalkan lapan modul baharu, selain dilaksanakan dengan mengguna pakai konsep pengambilan secara sukarela.

Menjawab soalan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh), Hishammuddin berkata landskap ekonomi semasa menjadi cabaran utama kementerian dalam mempertahankan pelaksanaan program PLKN 2.0.


Katanya dalam mendepani cabaran itu, kementerian melaksanakan kerjasama rapat dengan 20 kementerian dan agensi lain untuk mendapatkan input yang boleh disalurkan kepada PLKN tanpa menjejaskan peruntukan induk kementerian dan agensi terbabit.

“Antaranya kita melihat apa-apa infrastruktur sedia ada di kementerian dan agensi untuk diguna pakai.

“Melalui kerjasama itu juga kita boleh memberi peluang kepada peserta PLKN yang tidak mendapat peluang ke institusi pengajian tinggi mengikuti pendidikan vokasional dan teknikal melalui institusi kemahiran di bawah kementerian yang mempunyai matlamat sama,” katanya.

“Saya percaya, PLKN 2.0 merupakan transformasi terbaik dan kita sedang melihatnya dengan konteks penjimatan dalam keadaan ekonomi hari ini,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]NmJMLKMP8go[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • PLKN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori