Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Malaysia Sedia Kongsi Kejayaan...

BAGAN DATUK - Malaysia sedia menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa deradikalisasi dalam menangani...

Belia 18 Tahun Di...

KANGAR - Perlis menjadi negeri kedua selepas Sabah menurunkan had usia mengundi dan...

Nenek 89 Tahun Jadi...

SEORANG warga emas berusia 89 tahun telah mencuit hati serta mendapat perhatian tetamu...

Masih Budak Tapi Dah...

'LAMBAKAN' iklan cari jodoh di laman sosial seperti Facebook bukan sahaja digunakan oleh...

Kerjasama Erat Polis & Masyarakat Penting Dalam Mencegah Jenayah

ALOR GAJAH – Kerjasama erat antara polis dan masyarakat berperanan peranan penting dalam mencegah kejadian jenayah di kawasan masing-masing.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Muhamad Ismail Muhamad Yusuf berkata kerjasama erat itu juga perlu berterusan agar sebarang kejadian jenayah yang berlaku dapat dipantau secara bersama.

“Masyarakat merupakan komuniti yang dekat dengan polis, jika sebarang jenayah berlaku di kawasan tertentu masyarakat merupakan orang pertama yang memberikan maklumat kepada polis untuk diambil tindakan.

“Jika tiada kerjasama antara polis dan masyarakat, sudah tentu polis sukar untuk memantau setiap pergerakan di seluruh negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan A’Famosa Cycling Fun Ride 2015 yang disertai kira-kira 100 peserta di A’Famosa Resort, Simpang Ampat di sini hari ini.


Sementara itu, Pengarah A’Famosa Resort Kenjoo Lau Joo Feng berkata program tersebut merupakan satu tanggungjawab korporat sosial syarikat tersebut dalam mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat dan pihak polis.

“Dengan program seperti ini masyarakat akan lebih mengenali peranan sebenar polis dalam menjaga keselamatan masyarakat disamping mencegah kejadian jenayah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori