Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Enggan Serah ā€˜McNuggetā€™ Biarpun...

NEW YORK - Seorang gadis berusia 13 tahun sanggup bertegas untuk tidak memberikan...

Yatt Hamzah, Suami Pilih...

SEPERTI semua maklum, pelakon Yatt Hamzah memilih untuk kembali bersama suaminya setelah menarik...

Bomba Perluas Operasi SAR...

KUCHING - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa bot panjang karam...

3 Maut Bedilan Peluru...

RIYADH - Tiga penduduk awam maut di selatan Arab Saudi akibat terkena bedilan...

Kes Amuk: Muhdalena Hadiahkan Selimut Kepada Peguamnya

KUALA LUMPUR – Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhdalena Ahmad yang dilepaskan daripada tuduhan ugutan jenayah dan memiliki senjata dalam kejadian amuk di Putrajaya tiga tahun lepas, menghadiahkan sehelai selimut dengan tulisan yang dijahit sendiri kepada peguamnya M. Visvanathan.

Selimut dengan tulisan “Love has fell down from the sky & enters pure hearts. May the ‘light’ of humanity shines in us!” diserahkan kepada Visvanathan pada pengurusan kesnya di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Visvanathan ketika ditemui pemberita memberitahu anak guamnya menyiapkan selimut itu ketika dia berada di Hospital Permai Tampoi, Johor dan berterima kasih dengan pemberian tersebut.

Mengenai prosiding hari ini, Visvanathan berkata Timbalan Pendaftar Noor Aini Yusof menetapkan 29 Okt ini untuk keputusan rayuan itu berikutan Hakim Kamardin Hashim menghadiri satu kursus.

Hari ini ditetapkan untuk keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Muhdalena, 31, daripada tuduhan ugutan jenayah dan memiliki senjata dalam kejadian amuk bersama seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai oleh Mahkamah Sesyen, tahun lepas.


Pada 19 Jun tahun lepas, Mahkamah Seksyen Putrajaya melepaskan Muhdalena daripada empat pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya dalam kejadian amuk itu.

Mahkamah Sesyen mendapati wanita itu mengalami ketidaksempurnaan akal semasa kejadian dan memerintahkannya ditahan di Hospital Permai Tampoi, Johor sementara menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Empat pertuduhan itu adalah melakukan ugutan jenayah terhadap polis bantuan Koperal Ridzuan Megat Ahmad di Kompleks ‘B’ JPM pada 9 Julai 2012, memiliki sebilah parang, mengingkari perintah Ridzuan supaya meletakkan senjata dan gagal mematuhi nasihat menteri supaya mendapatkan pas atau permit sebelum memasuki premis berkenaan yang merupakan kawasan larangan, tanpa kebenaran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori