Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ketua Polis Negara Nafi...

POLIS menafikan tidak mengambil tindakan berhubung aduan pemilik kereta yang dikatakan gagal menuntut...

Blogger Gesa SKMM Siasat...

CYBERJAYA - Seorang blogger, Ragvinder Singh Jessy hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya...

SPRM Jangka Ada Tangkapan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangkakan beberapa tangkapan lagi dibuat susulan...

Cacar Monyet Bakal Diberi...

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang bekerjasama rapat dengan pakar-pakar kesihatan untuk...

Kes Curi Kabel Di Johor Terus Berkurangan Sejak 2 Tahun

MUAR – Kes kecurian kabel terutama di kawasan pencawang milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di seluruh Johor dilaporkan terus berkurangan sejak tempoh dua tahun ini.

Pengurus Besar TNB Johor, Mohd Yusuf Ibrahim berkata ia berdasarkan kepada kawalan keselamatan ketat oleh TNB selain mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa yang lain seperti polis.

“Kes kecurian kabel ini berlaku di setiap daerah sebelum ini dan yang paling banyak berlaku di Johor Baharu dan Pasir Gudang dan Alhamdulillah dalam tempoh dua tahun ini menampakkan pengurangan yang ketara.

“Mencuri kabel ini sangat bahaya kerana ia melibatkan voltan yang sangat tinggi dan ia boleh membunuh,” katanya kepada pemberita selepas Program Baiti Jannati di Senduduk Ungu Nursery di Sungai Gersik di sini, hari ini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Zaiton Ismail dan Pengurus TNB Muar, Mohd Zahid Mohd Nordin.

Tanpa memberikan statistik, Mohd Yusof berkata, TNB terpaksa menanggung kerugian yang besar apabila berlakunya kecurian kabel terutama di pencawang selain menyebabkan gangguan bekalan.


Katanya, pihak penguatkuasaan TNB akan meningkatkan pemantauan dan orang ramai boleh memaklumkan kepada pihaknya jika ternampak pihak mencurigakan khususnya di kawasan pencawang.

Sementara itu, dalam program itu, beliau berkata TNB memberikan sumbangan kepada dua keluarga masing-masing RM10,000 selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran.

Beliau berkata, penerima pertama, Anuar Othman, 45, dari Kampung Simpang Pulai yang rumahnya musnah pada 2 Julai lalu manakala rumah penerima kedua, Bainah Rashidin, 73, di Parit Pali, musnah sehari selepas itu.

Selain itu TNB turut membantu membaiki dua rumah keluarga miskin yang lain di Batu Pahat dan Kota Tinggi dengan peruntukan sebanyak RM40,000 yang dijangka siap tidak lama lagi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori