Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

16 Anggota Polis Positif...

KOTA BAHARU - Seramai 16 anggota polis di Kelantan dikenalpasti positif dadah sejak...

Kes 3 Lelaki Culik...

KAJANG - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 22 Mac untuk sebutan...

PJSR Diharap Dapat Bantu...

PUTRAJAYA - Inisiatif Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) yang dilaksanakan kerajaan di seluruh...

Sukuk Hijau Reen Alternatif...

KUALA LUMPUR - Sukuk patuh Syariah merupakan satu lagi pilihan terbaik bagi membiayai...

Kes Murid Orang Asli Hilang: 2 Mangsa Ditemui Selamat

GEMPAR… Dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang yang dilaporkan hilang sejak 47 hari lalu telah ditemui dalam keadaan selamat di Sungai Perias.

Kedua-dua mangsa yang selamat itu dikenali sebagai Norieen Yaakob, 10; dan Mirsudiar Aluj, 11.

NSTP

Pasukan penyelamat turut menemui seorang lagi rakan mereka, namun didapati telah meninggal dunia. Identiti kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai Ika Ayel, 9.

Ketiga-tiga kanak-kanak Orang Asli ini ditemui tidak jauh dari lokasi penemuan tengkorak, petang Khamis.

Menurut Berita Harian, dua kanak-kanak yang selamat ini ditemui dalam keadaan badan kurus kering dan sudah tidak mampu berjalan kerana terlalu letih.


Mereka dikatakan hidup dengan bergantung kepada air sungai dan tumbuhan hutan.

Pada 23 Ogos lalu, seramai tujuh murid Orang Asli termasuk enam perempuan dan seorang lelaki dari SK Tohoi di sini dilaporkan hilang dari asrama sekolah mereka di Pos Tohoi, Gua Musang.

Tujuh mangsa yang hilang ini dikenali pasti sebagai ialah Mirsudiar Aluj, 11; Norieen, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina Daud, 7. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori