Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pemuda Lumpuh Selepas Dicabar...

AKIBAT terpengaruh cabaran rakan-rakannya, seorang pemain ragbi berbakat menjadi lumpuh selepas menelan lintah...

MB Kelantan Umum Ahad,...

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebentar tadi mengumumkan hari...

Penjawat Awam Perlu Jadikan...

KOTA KINABALU - Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Tun...

SRC: Najib Mohon Panggil...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan SRC International Sdn. Bhd. yang sudah masuk hari ke-70...

Kes Orang Asli Hilang: Ahli Keluarga Yakin Anak Masih Hidup

GUA MUSANG – Ibu bapa kepada enam lagi murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang dilaporkan hilang sejak lebih sebulan lalu yakin bahawa anak mereka masih hidup dan akan dapat ditemui oleh pasukan penyelamat.

BACA: Kes Murid Orang Asli Hilang, Mayat Dikenal Pasti Sasa Sobrie

Seorang daripada ibu murid hilang, Midah Angah, 38, berkata, walaupun mayat Sasa Sobri telah dijumpai, dia percaya kedua-dua anaknya iaitu Norieen Yaakob, 10, dan Haikal Yaakob, 8, masih hidup.

“Saya sudah letih dan habis tenaga menunggu berita, dan saya berharap berita baik yang saya terima. Saya turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Sasa Sobri dan berharap ahli keluarga mangsa tabah menerima dugaan.

“Saya tahu perasaan yang dialami Sobri Latif kerana saya juga kehilangan anak. Bukan seorang tapi dua,” katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat di Hospital Gua Musang, hari ini.

Difahamkan, selepas insiden kehilangan dua anaknya, Midah Angah dikatakan tidak membenarkan 2 lagi anaknya untuk kembali bersekolah akibat trauma kehilangan tersebut.

Sementara itu, seorang lagi bapa murid, Ayel Ajik, 32, menyatakan keyakinan bahawa anaknya, Ika, 9, masih hidup walaupun sudah memakan masa 47 hari sejak kehilangannya.

“Sukar hendak gambarkan namun saya yakin Ika masih hidup. Walaupun mayat Sasa sudah ditemui, namun pihak polis belum mengesahkan betul atau tidak.

“Saya yakin pasukan penyelamat sedang bertungkus lumus mencari anak-anak yang hilang dan diharap dapat ditemui dalam masa terdekat,” katanya kepada The Rakyat Post.


Pada 23 Ogos lalu, seramai tujuh murid Orang Asli termasuk enam perempuan dan seorang lelaki dari SK Tohoi di sini dilaporkan hilang dari asrama sekolah mereka di Pos Tohoi, Gua Musang.

MISSING_ORANG_ASLI_PUPILS_290915_TMINAZIRSUFARI_17

Mereka dipercayai hilang selepas melarikan diri dari sekolah kerana takut dikenakan tindakan guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.

Tujuh mangsa yang hilang ini dikenali pasti sebagai ialah Mirsudiar Aluj, 11; Norieen, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina Daud, 7.

Semalam, mayat kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh hingga sembilan tahun itu ditemui di Sungai Perias kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi pada jam 7 malam tadi oleh penduduk kampung.

Menurut siasatan awal, pihak polis mendapati mayat kanak-kanak tersebut ialah Sasa Sobrie yang berusia 8 tahun. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: The Rakyat Post

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori