‘KUASA’ Internet menyaksikan pihak polis berjaya menahan tiga wanita berusia 20-an bagi membantu siasatan dalam satu kes pergaduhan di Kelantan, selepas video kejadian menjadi viral di laman Facebook, sejak semalam.
BACA: Gadis Kelantan Berang Ditipu, Pukul Penjual Wanita
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, seorang daripada suspek ditahan dua hari lalu di Padang Tembak, Pengkalan Chepa manakala dua lagi wanita ditahan di rumah mereka di Taman Sari dan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu antara 3 hingga 4 pagi Rabu.
“Kes ini sebenarnya berlaku 15 Oktober lalu dan kita ada menerima laporan namun hanya heboh diperkatakan selepas viral di laman sosial Facebook,” katanya.
Tambah Rohaimi, kesemua suspek ditahan reman tiga hari mulai hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, satu rakaman video berdurasi dua minit 11 saat memaparkan seorang gadis dibelasah teruk oleh dua perempuan menjadi viral di media sosial.
Difahamkan, punca pergaduhan disebabkan penipuan dalam urusniaga jual beli tuala wanita di atas talian. – MYNEWSHUB.CC
[youtube http://www.youtube.com/watch?v=-_WdBQkSQSw]