Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Dera: Pembantu Warden...

JOHOR BAHRU - Pembantu warden lelaki di sebuah pusat tahfiz swasta di sini...

Ini Raya Paling Bermakna...

KUALA LUMPUR - Setelah tiga tahun menanti cahaya mata, raya kali ini menjadi...

4,490,270 Dos Vaksin Diagihkan,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 4,490,270 dos vaksin sudah diagihkan ke seluruh negara, setakat...

Harga Runcit RON97, RON95,...

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol untuk kesemua jenis produk petroleum adalah tidak...

Kesemua 6 Jenazah Mangsa Nahas Di LPT 2 Selamat Disemadi

KUALA TERENGGANU – Jenazah keenam-enam mangsa kemalangan di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing, Kemamam semalam selamat dikebumi awal pagi ini.

Jenazah Azaman Ramli, 49, bersama dua lagi anak lelakinya Aliff Hateem Azaman, 16, dan Aliff Hakim Azaman, 12, disemadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Raja Baram Chendering kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Sebelum itu jenazah ketiga-tiga beranak disembahyangkan di kediaman bekas mertua Azaman berhampiran tanah perkuburan sebelum disemadi.

Manakala jenazah isterinya Noor Akmal Mohd Zain, 48, anak tiri Azaman, Noor Amira Syahirah Alias, 22, dan anak angkat mereka Aqeel Muslim Abdullah, 3, disemadikan tanah perkuburan Islam di kampung halaman mereka di Besut pada pukul 11 pagi tadi.

Semua jenazah dituntut keluarga masing-masing dari Hospital Kemaman setelah proses bedah siasat selesai lewat malam tadi.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu enam sekeluarga maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terperosok ke bawah sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan.


Sementara itu bapa saudara Azaman, Abdul Aziz Mohd Yassin, 54, berkata pagi semalam beliau sempat menghantar masej melalui aplikasi WhatsApp kepada mangsa namun mangsa tidak membalas kiriman tersebut.

“Mereka sekeluarga sering berkunjung ke kediaman kami di Gebeng jika terdapat urusan di Pahang,” katanya ketika ditemui Bernama.

Jelasnya beliau hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak buahnya kira-kira pukul 4 petang semalam selepas menerima panggilan telefon daripada rakannya sebelum bergegas ke Hospital Kemaman.

Abdul Aziz berkata kali terakhir mangsa menelefonnya dua minggu lepas memaklumkan bekas isterinya telah meninggal dunia di Kuala Lumpur. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori