KUALA LUMPUR – Ketampakan rendah kurang daripada tiga kilometer di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dijangka berterusan sehingga Ahad.
Jabatan Meteorologi berkata keadaan yang sama turut dijangka berlaku di bahagian utara Selat Melaka.
Keadaan ini adalah berbahaya kepada kapal yang tidak mempunyai alat navigasi. – BERNAMA