Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Diskriminasi Terhadap Minyak...

KUALA LUMPUR – Perancis menyokong pendekatan tiada sekatan dan tiada diskriminasi terhadap minyak...

Belanjawan 2020 Tidak Capai...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan...

Tunggu Kepastian Umum Kehamilan...

PELAKON bertubuh genit dan berwajah comel, Nad Zainal, akui belum bersedia untuk mengumumkan tentang berita...

Pemandu Bas Ekspress Mengaku...

IPOH - Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Trafik di sini...

Ketua Kumpulan Geng Abel Berjaya Diberkas

KOTA KINABALU – Seorang lelaki yang diburu polis di sini kerana disyaki terbabit dalam kes samun kedai serbaneka 24 jam berjaya ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kurnia Jaya Apas, Tawau kira-kira 9 malam, Jumaat lepas.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata suspek yang juga merupakan ketua kumpulan ‘Geng Abel’ itu dipercayai terlibat dalam enam kes samun di sini pada awal September lalu.

Suspek turut diburu polis Tawau kerana melakukan kegiatan jenayah yang sama pada Julai lepas, katanya.

“Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan dalam serbuan sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau berdasarkan hasil maklumat orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Chandra berkata suspek akan dibawa ke Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut berkaitan kes samun yang berlaku di bandaraya ini dan Penampang selepas selesai siasatan di Tawau. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]rbeEw0j7aS8[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori