Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

E-Hailing Tanpa LPP Sah...

PUTRAJAYA : Syarikat pengendali e-hailing yang gagal mematuhi kriteria bagi memperbaharui lesen perniagaan...

TM Tidak Rancang Tamatkan...

KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd (TM) memberikan penjelasan tentang satu artikel bertajuk...

Caj Rawatan Pergigian Pesakit...

PUTRAJAYA - Caj rawatan pergigian bagi pesakit luar di hospital kerajaan kekal pada...

Farid Beri Penjelasan Tentang...

HARI ini, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil telah mengadakan satu sidang media...

Keunikan Aiskrim ‘Dabai’ Dan ‘Terong Asam’ Sarawak

KUCHING – Penggemar aiskrim kini berpeluang mencuba dua jenis aiskrim yang sinonim dengan keunikan negeri Sarawak.

Perisa terbaharu sajian pencuci mulut itu dihasilkan daripada buah ‘Dabai’, (zaitun hitam Sarawak yang bermusim) dan buah ‘Terong Asam’ yang dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan Pertanian (ARC) Semengok.

Pelancarannya dilakukan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu yang juga Menteri Pemodenan Pertanian Sarawak bersempena Persidangan Pegawai-pegawai Penyelidikan Pertanian 2015 di sini, hari ini.

Pengarah Pertanian Negeri, Datuk Lai Kui Fong berkata buah ‘Dabai’ dipilih disebabkan kandungan antioksidan yang tinggi manakala ‘Terong Asam’ pula kaya dengan vitamin C.

Beliau percaya keunikan perisa itu akan memikat citarasa pelancong tempatan dan luar negara.

Lai berkata ARC Semengok turut membangunkan produk lain berasaskan kedua-dua hasil pertanian itu dan bekerjasama dengan syarikat pengeluar kek serta makanan tempatan untuk mengkomersialkannya.


Produk berasaskan ‘Dabai’ dan ‘Terong Asam’ yang kini berada di pasaran adalah kek, biskut, pes, sos mayones dan sambal.

Mengenai kedua-dua aiskrim itu, Lau berkata satu perjanjian ditandatangani bulan lepas antara ARC Semengok dan Lain Huat Ice Cream Sdn. Bhd. untuk membangun dan mengkomersialkannya.

Terdapat tiga jenis aiskrim ‘Dabai’ iaitu berperisa asli, vanila dan pandan selain dua jenis perisa bagi aiskrim ‘Terong Asam’.

Hanya ‘Ice Lollies Terong Asam’ dan aiskrim ‘Dabai’ berperisa asli yang boleh diperoleh di pasaraya Emart mulai hari ini manakala tiga jenis lagi dijangka berada di pasaran menjelang 2016. – BERNAMA

https://youtu.be/JdI4Bx4F5uc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori